
Dek kebosanan tak tau nak buat apa malam-malam walaupun movies berlambak tak tengok lagi.
Balik kerja, dinner dulu lepas tuh pergi market beli kulit popia. Sampai rumah, kemas rumah sikit-sikit, bersiram dan memulakan kerja tangan. Simple aje rupanya buat menatang nie.
Bahan yang diperlukan, kulit popia, tepung gandum, air dengan minyak masak.
Bahan sampingan gunting.
Tepung gandum tuh campur dengan air, buat macam pes. Aku letak lada hitam dengan garam sikit. Don't ask me why? Aku nampak je barang tuh terus campur, konon-konon match and mix hihi
Air gandum tuh sapu dekat kulit popia. Lebih molek kalau ada berus yang orang sapu kuning telur kat biskut, senang sikit. Aku guna sudu aje.
Tujuan sapu air gandum just nak kasik dia melekat aje. So masa menggoreng takdalah dia terbuka.
Dah lepas, gulung-gulung, kita main gunting-gunting pulak, nak cantik gunting serong-serong, tapi ikut suka lah nak gunting cara mana pun, janji kita happy. Kalau boleh jangan besar-besar, kecik-kecik baru molek, takdelah tersedak orang nak kunyah.
Lepas habis gunting, apa lagi campak masuk dalam kuali lah. Make sure letak minyak masak dulu, kasik panas baru lah campak. Goreng sampai kuning keemasan.
Dah habis menggoreng, sekarang terpulang dekat diri sendiri nak tabur apa dekat kulit popia tuh. Tabur gula boleh, serbuk kari boleh, milo pun boleh. Nak sira dengan kuah cili pun boleh. Aku amek sikit-sikit kulit popia tuh lepas tuh tabur macam-macam serbuk. So boleh dapat pelbagai rasa :)
Tips aku, masa beli beli kulit popia jangan amek saiz besar. Aku ngok sikit, pegi beli saiz besar. Sebabnya masa gulung nanti dia jadi tebal, so ambil masa tuk goreng, sedangkan kulit popia cepat kuning dalam minyak panas. Nanti tengah2 tak rangup.
Masa tengah sapu air gandum dekat kulit popia tak payah banyak-banyak nanti jadi lembik, so masa menggulung nanti tak cantik. Kedut-kedut aje kulit popia tuh. Buruk-buruk.
So silalah mencuba di masa lapang. Senang aje. Aku simpan dalam tupperware. Satu kat rumah, satu dalam kereta. Masa tengah layan jem boleh layan kulit popia nie. Oh jangan lupa sediakan air jugak dalam kereta.
Kang tersedak, sapa nak jawab?
No comments:
Post a Comment