Kau nak aku jadi se-sporting mana lagi?
Kau nak aku jadi apa lagi?
Kehendak kau, kesukaan kau tak pernah aku halang.
Nak keluar dengan siapa, mahu buat apa tak pernah aku halang. Cuma aku minta kau jaga diri sahaja. Dan beritahu aku.
I want to be a part of your life but you keep pushing me away. Far away.
Aku nie siapa? Perkara-perkara penting dalam hidup kau tak pernah kau mahu beritahu aku. Tolonglah jangan buat aku macam tunggul.
Sudahlah kau tak pernah mahu tanya khabar aku. Jauh sekali mahu mengambil berat. Acuh tak acuh sahaja.
Kau tahu kau selalu biarkan aku sunyi. Dan kau tahu? Sunyi itu musuh utama perempuan.
Kau pernah cakap yang aku ini perempuan malang sebab kau tidak akan sekali rendahkan ego untuk hanya untuk memahami aku. Semua semata perempuan yang pernah tinggalkan kau.
Dan betul. Memang aku perempuan malang. Tidak pernah sekalipun kau rendahkan ego kau.
Tiap kali aku marah kau kata aku cuma buat perangai tapi tak pernah sekali kau ambil tahu yang aku cuma mahu diberi perhatian. Tapi sayang, itu cuma alasan untuk kau melarikan diri.
Kau tahu, aku cemburu dengan nini. Aku cemburu dengan ain. When you talk about them, you seem happy. Semacam kau gembira bila berborak perihal muzik. You seem happy.
Are you happy with me?
Hati aku hancur berkecai. Aku kutip satu satu aku beri dekat kau. Tapi kenapa kau tak cuba simpan elok-elok. Bersepai jadinya.
Kesianlah dekat aku. Aku cuma mahu dihargai sebagai seorang perempuan. Lama-lama begini aku boleh mati.
Kesianlah dekat aku.
Kalau kau sudah tidak mahu, pulangkan saja. Aku pergi jauh-jauh.
Terima kasihlah sebab bersabar dengan aku.
Tak apalah. Aku dah biasa. Biarlah aku bawa diri aku sendiri. Sendiri. Tak apa. Asalkan kau bahagia.
Terima kasih cinta.
satu ratus empat puluh satu: again, i choose you remember?
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment