Kita semua diberitahu berulang-ulang kali betapa bahayanya rokok pada kehidupan kita. Tapi kita kurang diberitahu yang ibu segala kejahatan itu ialah arak.
Kita semua diberitahu betapa tidak berkatnya rezeki yang kita dapat jika tidak membayar zakat. Tapi kita tidak diberitahu kemana wang zakat itu pergi kerana masih ada orang yang hidup daif dan susah.
Kita semua kisah dan marah bila pemimpin kesayangan dikutuk dan dikeji. Tapi kita semua tidak kisah bila pemimpin kesayangan tidur atas tilam empuk tanpa kisahkan kita yang tidur atas tilam yang sudah haus springnya.
Kita semua kisah dan malu bila tidak reti berbahasa omputih dan merendah-rendahkan orang. Tapi kita semua tidak kisah bila makna Al-Fatihah pun mengagau nak tahu.
Kita semua kisah, mengkaji dan taksub dengan freemason dan illuminati. Tapi kita semua ingat ingat lupa cerita para anbiya dan sejarah perang Islam.
Kita semua disuruh berjimat cermat dalam berbelanja. Tapi pemerintah sewenang-wenangnya membeli beg tangan ribuan ringgit.
Kesian bila kita cuma kisah apa yang mahu dikisahkan pada kita.
Kesian bila kita cuma ambil tahu apa yang mahu diambil tahu.
Kesian.
satu ratus empat puluh satu: pemberitahuan
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Awak.
Mungkin ni keterlaluan utk awak, tp sy da lama stalk awak. sy minta maaf. sy xtau kenapa, ada sesuatu yg bt sy tertarik bc suma post awak. ada sesuatu mgkn yg bt sy tertarik dgn awak.
boleh tak kita bekawan?
sy beetul2 mtk maaf, mgkn x sopan sy tulis kt cni. sebab haritu blog awak tiba2 hlg. awak disable profil awak. kalau awak x suka, delete la komen ni & xpayah respon. sori.
Dear anon,
Saya manusia yang penuh emosi. Kdg2 asik terbabs dgn perasaan sendiri. Too much unnessessary thought, tuh yg jadi gitu. Emosi tak stabil. Tukar sana sini :) eventually saya tetap balik semula tempat asal hihi
blog yang miserable nie pun awak boleh tertarik? Hahaha
Awak tertarik dgn blog nie cukuplah :) saya bukan manusia yang menarik pun.
Terima kasih kerana singgah :)
Post a Comment