satu ratus tiga puluh sembilan: i choose you remember?

Rupa-rupanya update twitter dengan facebook lebih penting dari reply message aku. Walaupun hanya untuk berkata 'okay' 'baiklah'.

Rupa-rupanya check-in berbagai tempat dekat foursquare lebih penting dari beritahu aku sendiri tentang apa yang terjadi dalam hidup kau.

Aku manusia yang terpaksa menagih simpati kasih sayang orang, terpaksa menggali sana sini hanya semata untuk tahu khabar dari kau.

Payah hendak beritahu sendiri?

Bila tanya kenapa, jawabnya semua tuh tak penting. Semua tuh tak penting.

Aku nie siapa? Tunggul kayu?

Lupa.

Kau tak pernah kisah dengan apa yang aku buat seperti kau tak pernah kisah aku wujud atau tidak. Hidup kau semata kau. Hanya kau. Tak ada aku. Hanya kau.

Aku tak minta banyak. Hargai aku sebelum aku mati.

Sampai hati kau buat aku jauh hati dengan kau.

Sampai hati kau buat aku patah hati dengan kau.

Sampai hati kau buat aku resah gelisah dengan kau.

Sampai hati kau buat aku macam perempuan tak malu.

Sampai hati kau buat hati aku mati berkali-kali.

Sampai hati kau.

Sampai hati.

Takpalah.

Hati aku dah pergi jauh dengan kau pun bukan kau peduli. Kan kau tak pernah ambil kisah.

Lagi jauh lagi kau sukakan? Sebab tak perlu terikat dengan aku yang macam-macam ragam nie. Lagi luas opsyen kau. Tak apa lah.

Aku pulangkan hati kau sikit demi sediki pun kau tak perasan. Ye lah keliling kau penuh dengan manusia, mana mahu nampak aku.

Lupa.

Memang dari dulu lagi aku cuma duduk sudut paling hujung perhatikan kau. Kau perasan pun secara kebetulan. Kalau aku diam sampai bila-bila pun kau takkan perasan. Tak apa lah.

Mungkin betul kata kau. Aku cuma mahukan kau bukan mahukan 'kau'.

Mungkin sebab itu bila aku ajak nikah kau sering bagi alasan aku tak faham kau sebab aku cuma mahukan kau bukan 'kau'.

Tak apa lah.

Aku terima semuanya.

Kasiklah aku pergi jauh-jauh, biar hidup kau aman. Aman macam sebelum nie. Kau kan suka bebas tanpa ada ikatan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: