Sungguh-sungguh aku nak puasa harini.
Sungguh-sungguh tuh bermaksud aku bangun sahur makan ayam, minum susu dengan makan ubat sekali.
Sungguh-sungguh.
Sebab aku tak pasti aku hidup ke tak satu rejab tahun depan.
Dekat office, macam-macam makanan ada harini. Banyak betul orang buat sedekah dan diketahui aku nie memang kaki lantak semua pelik bila tengok meja aku kosong tanpa ada makanan.
Sabar je lah. Bau makanan menggoda-goda kot.
Lepas lunch aku dah mula sakit kepala. Perkara biasa bila dah lama tak puasa. Body tengah nak tuning sikit.
Yang jadi luar biasanya bila lepas zohor aku banyak menguap. Bukan sebab mengantuk tapi tak cukup oksigen. Kepala dah berat dan aku tersadai dekat toilet.
I'm vomitted. Sikit je. Keluar air. Pahit habis.
Lepas tuh dah ok sikit. Dah boleh gurau-gurau dengan officemate.
Cadang balik pukul 5. Jalan pergi parking kereta aku dah sedikit lalok. Biasalah perut kosong. Masuk kereta tarik.nafas dalam-dalam aku start enjin, terus pergi kedai makan nak tapau lauk berbuka.
Sedang drive aku dah rasa lain macam. Tangan otomatik carik plastik. Nasib ada plastik sampah yang agak gabak. Nasib juga masa tuh tengah berhenti dekat simpang jalan yang kebetulan trafic light kaler merah. Tapi tak sempat break aku dah vomit dalam plastik sampah tuh.
Comot. Habis basah seluar dengan tudung.
Lagi pahit dari tadi.
Nasib lampu merah, kalau hijau? Tak mensasau aku drive tadi?
Lepas tuh tangan otomatik jadi parkinson. Tapi belagak. Takmo minum air. Nak teruskan puasa. Sayang. Dah pukul 5 lebih kot.
Sampai kedai tapau makanan. Sambil tunggu makanan siap dengan tunggu kawan datang, aku mengigil bagai nak rak. Dah buat bodoh baca paper pun sama gak.
Lastly, aku kalah, aku order air sirap. Masa minum tuh kaver nangis sebab puasa aku rugi macam tuh aje.
Kawan cakap aku macam budak kecil yang mahu belajar puasa. Jahat betul.
Sedihlah.
Sekian cerita puasa saya di satu Rejab.
satu ratus empat puluh: satu Rejab
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment