satu ratus enam puluh tujuh: berhenti

Sayang,
Aku sudah tidak boleh berpura-pura mencintaimu.

satu ratus enam puluh enam: sama

Tiba-tiba,

Semua orang nak jadi unik,
Semua orang nak jadi lain dari lain,
Semua orang nak jadi hebat,
Semua orang nak jadi rare,
Semua orang nak jadi anak seni,
Semua orang nak jadi org urban,
Semua orang nak jadi hipster,
Semua orang nak jadi trend-setter,
Semua orang nak jadi pelik.

Lama-lama semua org adalah sama.

Lame.

satu ratus enam puluh lima: merdeka

Kita nie nama sahaja dah merdeka 55 tahun tapi sifat rasis dalam diri masing-masing menggunung.

Melayu dengan malas layunya.
Cina dengan suka judi dan babinya.
India dengan mabuk todinya.

Apa ingat Cina dan India tak ada yang malas?
Apa ingat Melayu dan India tak ada yang makan babi?
Apa ingat Melayu tak ada yang ketagih todi?

Itulah kita. Suka meletakkan label pada setiap bangsa dan agama.

Sebab kita merasakan bangsa sendiri itu bangsa paling agung dalam dunia.

Padahal Allah itu ciptakan kita berkabilah-kabilah supaya kita belajar kenal-mengenal, jatuh cinta dan sayang menyayangi sesama kita.

Aku rasa malu bila orang melayu suka betul bercakap tentang ketuanan. Bagi aku benda tuh dah menunjukkan betapa lemahnya  melayu itu sendiri?

Orang lain berperang sudah guna m16, kita masih lagi mahu gunakan keris? Baru nak buka kekuda sudah ditembak dari jarak jauh.

Apa perlunya ketuanan itu kalau kita sama-sama menghidupkan negara nie. Sama-sama kerja kuat, jadi kenapa perlu gaduh, buat haruk sana-sini.

Kenapa hendak diberi keistimewaan lebih pada kita sedangkan kita semua pendatang. Kaum asli sendiri kita tak bela sepenuhnya nasib mereka. Jadi bukankah perangai kita nie sama seperti penjajah dahulu kala?

Bila mana ditanamkan dalam diri tuh kita adalah yang paling agung, maka kita mulalah membeza-bezakan antara satu sama lain. Kita mula letakkan hieraki dalam semua aspek. Kita bersifat diktaktor.

Kalau betul bangsa aku bangsa yang paling hebat dalam dunia, kenapa perlu disediakan segala macam keistimewaan? Kenapa tidak sahaja berdiri di atas kaki sendiri tanpa menggunakan tongkat? Kenapa masih perlu lagi ditampung isi badannya?

Hebatkah itu?

Diskriminasi adalah sama bodohnya dengan rasis. Being in majority do not give you the privilage to jinx others.

Dalam satu artikel, Zahiril Adzim pernah cakap yang dia harap perkataan 'rasis' tuh tak pernah wujud. Bertapa 'rasis' tuh membunuh rasa cinta dan bersatu padu kita.

Jadi seperti ZA, aku harap satu hari nanti perkataan 'rasis' itu tidak wujud dan kita boleh sambut merdeka dan hari Malaysia tanpa ada rasa prejudis antara satu sama lain.

Kita semua ini adalah pencinta tapi dek sikap tamak haloba semuanya jadi pembenci. Yang sana kutuk yang sini, yang sini buat dengki dengan yang sana. Caci maki semuanya dah jadi biasa.

Sayang seribu kali sayang.

Selamat hari merdeka, Malaysia.
Tanah tumpah negaraku.

satu ratus enam puluh empat: stood up

Dah tiga kali.
Dah tiga kali aku bercinta secara serius.
Dah tiga kali jugak aku kena tipu bila ketiga-tiga mereka main kayu tiga belakang aku.
Dan dah dua kali (mungkin tiga) percintaan aku gagal.

Yang pertama, hubungan jarak jauh. Kantoi ada perempuan lain tapi tak mahu mengaku. Pernah juga main sms dengan perempuan lain depan aku. Kemudian bagi alasan yang perangai aku terlalu keanakkan dan tak sesuai dengan dirinya yang matang. Putus.

Yang kedua, hubungan jarak dekat tapi dia kaki perempuan. Salah aku jugak sebab degil nak teruskan. Kejap on kejap off. Lama-lama aku fed-up terutama bila ada perempuan lain carik aku nakkan dia. Putus lagi.

Yang ketiga, hubungan jarak jauh. Aku betul-betul nakkan hubungan nie berhasil. Berusaha kumpul duit kawin. Tapi hati hancur berkecai bila dia kantoi flirt dengan perempuan lain banyak kali tapi tak mahu mengaku. Katanya kawan. Kawan apa sampai cakap sayang rindu. Mintak putus tapi disuruh beri peluang tapi peluang tak dihargai. Belum putus. Mungkin esok, lusa tulat.

Penat sebenarnya jadi perempuan tak tahu malu meminta kasih dan sayang dari orang yang tak sudi.
Penat sebenarnya nak kumpul balik rasa percaya bila dah kena tipu.
Penat sebenarnya bila terpaksa pura-pura jadi kuat.

Kenapalah aku nie terlalu cepat jatuh cinta dengan sayang dekat orang sampai diri sendiri merana.
Kenapa nak permainkan perasaan aku bila sebenarnya hati tuh dah tak suka dengan aku.
Kenapa main tarik tali dan layan aku macam sampah?

Salah seorang dari ketiga mereka pernah cakap dekat aku yang aku nie tak cantik. Jadi tak perlu nak jaga hati dan perasaan aku sangat sebab dia yakin yang kawan-kawan dengan orang lain takkan sailang dia untuk dapatkan aku. Dia fikir dia berada di posisi yang selamat bercinta dengan orang kulit keling macam aku.

Sebab itu dengan senang hati dia bercengkerama dengan perempuan lain tanpa rasa bersalah. Dipujinya, diberi kata semangat bila mereka ada masalah dan dibanding-bandingkan aku dengan mereka.

Betapa murahnya harga diri aku depan mereka.
Atau sebenarnya aku yang murahkan harga diri aku depan mereka.

Jadi dilayanlah aku seperti kain buruk. Dicari bila perlu. Selain itu dicampak ke tepi.

Entahlah.

Mungkin belum rezeki aku lagi untuk jumpa orang yang betul sayangkan aku.

Mungkin aku cuma dapat jumpa kekasih hati aku tuh bila dah siap bayar hutang dekat neraka nanti.

Mungkin sebenarnya i'm better off by myself. Tak perlu sakit hati bila asyik kena tipu.

I need to start to love myself before I start to love you.