tiga puluh satu: terapi yang tak perlu habiskan duit untuk beli minyak aromaterapi yang mahal

Manusia ini unik. Setiap satunya Allah ciptakan sehabis molek, semuanya indah belaka. Tapi sudah lumrah yang hati manusia itu selalu gundah gelana dek penangan iblis, kadang2 tenggelam, kadang2 hancur, kadang2 gembira kadang2 senang (eh macam2 lagi lah kadang2 tuh), jadinya ada masa bila kita rasa kita sudah jatuh, kita susah nak bangun balik.

Ini yang aku buat bila aku jatuh sebelum tepuk dada sendiri cakap, ini baru sikit, bila kena campak dalam jahanam nanti lagi sakit tahu!

1) Menangis
Itu yang paling mampu aku buat waktu aku lemah. Dalam kereta, atas tilam, depan tivi, dekat toilet opis, dalam surau, tepi laut. Mana-mana yang aku rasa aku nak keluarkan airmata, aku melalak sorang2. Tapi selalunya aku cover dari semua orang.

Kita nie kan pantang tengok orang lemah, mesti nak kutuk takpun jadi hero instant. So dari menangis depan orang ramai baik aku menangis sorang. Sampai puas, sampai lencun selimut dengan hingus meleleh2, sampai bengkak2 bijik mata, sampai habis kudrat. Nanti dah penat kau ketawa sendiri.

Masa menangis tuh, aku cakap apa sahaja yang terbuku, kadang2 siap berlakon macam dalam teater, ada pelbagai watak, tapi pelakonnya satu; aku.

2) Layan bunyi
Tak kira lah bunyi apa. Bunyi orang ketuk kuali, bunyi hujan jatuh atas atap, bunyi budak meraung mintak belikan jajan atau paling mudah bunyi yang dilagukan, muzik. Carik apa-apa sahaja bunyi yang boleh menenangkan atau menceritakan bunyi hati sendiri.

Kadang-kadang kita lebih suka bunyi halus dan gemersik, tapi ada orang suka bunyi keras. Terpulang.

Aku?
Setiap kali aku rasa sunyi, aku dengar bunyi dari 2 manusia ini; Fynn Jamal dan Raihan.
Ada juga bunyi lain yang aku dengar tapi 2 manusia itu harus diberi laluan.

Kontrakan 2-2 manusia nie.
Beginilah, cari bunyi yang kau rasakan paling jujur pernah kau dengar, dan tiap kali rasa sunyi itu menyinggah, mainkan bunyi itu. Walaupun ianya bunyi angin bertiup. Dan selalunya hati kita akan tenang bila dengar/rasa sesuatu yang jujur.

3) Baca, baca, baca
Kalau aku depresi, aku ketagih dengan buku. Macam2 jenis buku aku boleh baca. Dari sejarah, hiburan, kesihatan, you name it, semua aku beli.

Tapi sebabkan kekangan duit, aku banyak habiskan masa baca dari internet. I'm internet freak. Berjam-jam aku boleh duduk, tenung monitor sambil baca apa sahaja sebab aku tak fokus dekat satu tajuk.

Sebab itu ada yang pelik, kejap2 aku boleh baca pasal apa beza antara syiah dan sunni, kejap2 aku tanya orang apa itu chevron road sign, kejap2 aku boleh ter-wiki pasal illuminati, jadi apa sahaja yang otak aku terfikirkan aku carik.

Satu cerita yang tak pernah bosan untuk aku baca, Sirah Nabi. Aku boleh menangis berjuta kali baca pasal kekasih2 Allah. Sedangkan hidup mereka semua diuji lebih teruk dari kita, kita2 nie kira beruntung sangat.

4) Tidur
Bila aku kuat tidur, aku tengah takda semangat. Jadi tidur sedikit sebanyak boleh tenangkan aku.

Cuma masalah untuk aku ialah, tidur aku tak pernah puas.
Aku manusia yang paling senang lenanya untuk tidur, macam Nobita, lelap lepas 2 saat. Tapi semudah itu aku lena semudah itu aku terjaga. Dari dulu sampai sekarang setiap 4jam tidur mesti terjaga. Kalau tidur jam 10malam jam 2pagi MESTI terjaga, tidur jam 12tengahmalam jam 4pagi MESTI terjaga. Bila aku kata mesti maknanya wajib, tiap2 hari 24-7.

Sebab itu aku paling tidak suka tidur aku dikacau sebab aku susah nak dapatkan tidur yang benar2 tidur dan tiap pagi mesti aku moody.

Empat perkara itu yang aku ulang2 tiap kali aku rasa gundah, rasa sedih, rasa sunyi, rasa bodoh.
(Tak payah bagitau aku pasal solat, baca ayat Al-Quran sebab as a muslim itu makanan jiwa kau dan aku)

tiga puluh: Empty bin

Kau tahu apa itu sunyi?

Kau tengok aku lama-lama.

Sunyi itu aku, aku itu sunyi.

Dan aku rasa palat.

dua puluh sembilan: Truth and dare

Bila kita mintak orang lain tell us the truth about something, I mean THE REAL TRUTH, we actually want people to lie about it.

Do we really want to hear people say;

Kau nie dah lah gemuk, badan bau busuk pulak tuh

Kau ingat cantik ke pakai make-up tebal2 nie, macam cina opera pulak aku rasa

Buruknyer baju kau nie, macam beli dekat bundle jer

Euuuwww teruknyer taste u nie, laki camni u jadikan boyfriend? Tak semengah langsung.

OH EM JI, dis is soo 2010 lah sayang, sekarang orang dah tak pakai dah baju ropol2 nie

Sayang, abang kapel dengan sayang sebab sayang banyak duit sebenarnya. Ikutkan hati banyak lah perempuan cun yang abang boleh dapat kat luar sana, lagi cantik dari sayang

Well, that's only a few example lah kan.

You know better.

So ladies and gentlemen, berapa kebalnya hati dan berapa tulinya telinga kita untuk mendengar the actual truth for our so-called friend's mouth? Boleh tahan diri dari merajuk, dari naik hangin satu badan, dari pergi mengumpat dekat kawan2 lain kata yang kawan yang satu ini cakap lepas?

Jadinya bila kita nak minta orang cakap perkara yang sebenarnya, kita sebnarnya nak orang itu tipu kita, sebab WE CAN'T HANDLE THE TRUTH.

dua puluh lapan: Perempuan miserable macam aku nie punya satu masalah yang kronik,

Masalah susah nak fokus dengan satu-satu benda.

Dari dulu lagi aku cuba perbaiki tapi haram tak pernah berjaya pun. Mesti merewang jer fikiran aku. Sebab tuh ramai yang cakap aku suka termenung macam mak nenek.

Paling pening bila aku kena pergi ceramah ataupun ada training yang perlukan aku untuk fokus dengan orang berucap. Sumpah dalam sejam cuma 5minit aje aku fokus, yang lain semuanya ke laut.

Sebab tuh aku selalu kantoi tak paham ataupun kena gelak bila orang soal. Jarang aku dapat jawap walaupun muka aku dok kerut-kerut konon serius lah tuh. Itu semua hanya lakonan semata-mata.

Pael orang macam aku yang cepat bosan, aku tak boleh dengar semata-mata. Listen, feel, see and touch. Semua deria aku kena gunakan kalau tak memang tak melekatlah jawapnya.

Masa belajar dulu payah aku nak catch-up apa yang lecturer ajar. Satu pasal lecturer nie terutama yang berpangkat dr ke prof ke depa ada satu tabiat; ingat student pandai macam level dorang, bahasanya masyallah sanskrit giler. Bukan ilmu mereka tak tinggi, cuma skill untuk tarik minat student melekat macam aku memang payah. Akhirnya aku ke laut lagi.

Tapi satu perkara bila kau tuntut ilmu, macam mana bosan macam mana teruk pun cikgu mengajar kau kena juga pergi kelas. Anggaplah macam depa tengah kasik bed-time story, walaupun tak banyak yang melekat, sikit pun jadilah dari kosong terus.

Tapi kalau dah kepala otak tuh bebal macam aku, akhirnya ke katil juga kan?

Itu dahulu. Waktu belajar. Bolehlah dibuat perangai gila-gila selamba katak.

Bila dah kerja? Lelagi makan gaji macam aku nie?

Nak tak nak tadah ajelah. Itu perihal kerja, belum masuk bab peribadi.

Next!

dua puluh tujuh: emosi lebih

Saya nak balik rumah sekarang tapi chances untuk balik rumah sekarang adalah 0.1%.
Sebab? Fikirlah sendiri.

I'm fasting, my migraine attacked me like 35mm bullet penetrated to my brain, it is only time will tell whether I will vomit in front of my colleagues or not.

I'm started to cry not because I've been left alone in this cubicles, but I really can't endure my headache.

This is really killing me inside.

Ya Allah, sabarkan aku!

dua puluh enam: i'm better of on my own



Momen 03:02 paling epik sekali.

dua puluh lima: banjingan untuk manusia bodoh

Aku tak biasa tunjuk lemah depan orang ramai.

Sebab itu acapkali bila aku jatuh, bila aku ranap, aku tak reti nak sampaikan pada orang. Aku pendam. Sebab kita2 nie ada satu perangai yang tak suka tengok orang lemah.

Ngada-ngada.

Itu mentaliti kita.

Jadinya bila kita mula berterus-terang orang akan cakap 'ahhh ngada2 lah kau nie. macamlah orang lain tak pernah rasa'

Sudahnya, aku simpan rapat2 dalam hati. Kalau adapun yang bertanya aku lebih suka senyum dan diamkan sahaja.

Sebab manusia sebenarnya mencari satu alasan; alasan untuk mengutuk, mencaci, mentertawa ataupun untuk rasakan yang ada orang lebih malang dari diri sendiri.

Susah bukan nak cari manusia yang sudi tadahkan telinga, tanpa mempertikaikan kita, cuma dengar dan paling kurang menangis bersama.

Susah.

Sebab itu kalau aku jumpa manusia begini, aku pegang sampai mati.

Cuma masalah yang aku ada, aku masih tak reti nak jadi hero untuk diri sendiri. Aku lebih suka jadi hero untuk orang lain. Jadi punching bag untuk orang lain. Sebab masalah orang lain lebih berharga dari aku.

Akhirnya aku kembali ke ruang kosong yang gelap, dakap tubuh sendiri, dalam diam aku pujuk diri sendiri untuk bangun dan tampil lebih kuat untuk orang lain.

Sebab tak ada sesiapa pun dalam dunia nie  yang boleh tolong kita kecuali Allah, dan kita cuma perlukan manusia lain untuk ucap selamat supaya kita tidak nampak pathetic.

dua puluh empat: perempuan

Perempuan, kuat mana pun kita berdiri tanpa ada seorang lelaki di sebelah orang akan pandang kita sebagai loser.

Sebab kekuatan perempuan itu dihitung dengan berapa hebat dia di dapur, berapa ramai zuriat yang boleh dia lahirkan dan berapa kental dia boleh bertahan dengan sepak terajang seorang suami.

Menjadi perempuan yang cuba membawa haluan sendiri tanpa bantuan sesiapa, orang takkan pandang. Manusia takkan cuba mengambil tahu setiap perinci hidup seorang perempuan itu, yang mereka tahu, kau seorang loser.

Loser. tahu?

Tapi kau tahu tak yang seorang perempuan itu sebenarnya penat. Teramat penat. Tapi siapa yang mahu ambil kisah?Mulut sahaja yang lancang.

Bukan mudah untuk seorang perempuan itu terima takdir Tuhan yang telah ditetapkan jadi janganlah dihancurkan hatinya lagi.

dua puluh tiga: putus cinta, jumpa manusia yang lagi hebat

I never regret anything that happened in my life.
There is one mistake that I wish I can revert back. But time is very cruel. Menangis air mata darah pun aku tetap takkan dapat patah balik.

Apart from that, takda apa yang aku mahu putarkan balik. Semuanya aku tadah dan jilat dengan sukarela. Aku yang pilih jalan nie jadi kenapa harus aku marah bukan?

Tapi biasalah, segagah manapun tulang belikat aku, adakalanya aku membebel sendirian, mengapa jadi begini begitu. Biasalah. Rengekan manja seorang anak bila kurang diberikan perhatian.

Disebabkan aku putus cinta, aku dapat kenal manusia yang selama ini aku tak pandang langsung. Kata-kata mereka entah macammana kasik jiwa aku bernafas. Mereka bukan Tuhan tapi manusia gila yang tak pernah malu untuk mengakui yang diri sendiri bermasalah. Dan untuk itu aku memang kagum.

Setiap sorang yang aku jumpa ada cerita masing2 dan tipulah kalau aku kata yang aku menerima segalanya. Kisah hidup peribadi mereka aku simpan rapat2 sebab hey kita2 ada sejarah yang paling hitam dalam hidup jadi kenapa harus dicanang sebab aku tahu susah untuk dapat manusia yang faham atau sekurang2nya tidak jelek dengan kita.

Tapi dalam hidup kita kena belajar menerima. Dan itu bukan suatu yang mudah macam yang kita cakapkan. Tak semua manusia yang aku jumpa aku terima bulat2 gaya mereka. Tapi aku tanamkan dalam fikiran; aku ini pun bukan mudah untuk manusia terima, jadi silalah berlapang dada.

Tuhan tarik cinta aku terhadap seorang lelaki, tapi Tuhan bukakan pintu rezeki aku, Tuhan bukakan dunia aku luas2 sebab Dia tahu apa yang aku perlukan.

***********

Dalam satu hal yang lain, bila dalam komuniti yang kecil, aku lebih suka memerhati dan berdiam diri sahaja sebelum mulut berkata-kata. Tapi jangan diprovoke sampai aku hilang rasa hormat dengan orang.

Walaupun aku tahu aku jenis kepoci, tapi tak bermakna yang 24-7 mulut aku harus berjalan. Diam itu bukan ke lebih baik dari melalut. Tapi ada yang tak senang. Entah apa jenis manusia pun aku tak tahu.

Mungkin faktor umur yang berbeza buatkan aku tak betah. Cuma aku rasa menyampah kadang2. Boleh tak kalau aku cuma nak bercakap bila perlu. Tak perlu poke me here and there.