tujuh puluh: im stupid old lady

27 Ogos 2011.
Kemalangan pertama hasil kecuian diri sendiri.
Dan diri sendiri sangat bodoh bila kereta yang sepatutnya boleh dibaiki dengan jumlah yang minimun menjadi ribuan ringgit.

Hati pasrah.

Sayu.

Dan membuat keputusan tidak mahu balik beraya.

Tips supaya tidak menjadi bodoh seperti aku
1. Cuba bertenang dan buat muka semanis mungkin. Aku bernasib baik sebab takda scene maki-maki tepi jalan. Since salah aku maka aku redha dan cerita di balai.

2. Ambil gambar dan kenalpasti kerosakkan. Dalam kes aku, aku dah nampak radiator pecah tapi merasakan diri hebat nak jugak drive pergi balai polis.

3. Kalau dah set awal-awal nak claim insurance panggil aje tow-trak. Lagi sekali jangan jadi bodoh macam aku. Gigih nak settle sorang-sorang last-last enjin overhaul. Kan radiator dah pecah, mana boleh jalan lagi. *hantuk kepala sendiri atas jalan*

4. Carilah siapa-siapa yang available masa tuh. Minta tolong teman, untuk kuatkan semangat and jadi second thinker walaupun anda tahu sudah boleh terjun gaung lepas tuh. Dek kerana sekarang sudah mula cuti raya, maka tak ramai kawan aku yang available tapi nasib ada 2 orang officemate yamg tolong selamatkan keadaan dengan menemani aku tunggu tepi jalan sambil tunggu tow-trak datang.

5. Berlembut hati nanti dapat kurang saman walaupun sekarang tengah ops sikap.

6. Simpan no bengkel dalam handphone dengan dalam kereta. Senang untuk emergency.

7. Simpan salinan geran dengan insurance kereta dalam kereta siap-siap. Prosedur jadi cepat.

8. SILALAH PAKAI TALI PINGGANG KERETA. SEKURANGNYA DIA SELAMATKAN AKU DARI TERHENTAK KE DEPAN.

9. Jangan ego dan sombong untuk bertanya. Nanti jadi bodoh macam aku. Ini bukan masa nak berlagak pandai. Tanya tanya tanya tanya sampai jadi pandai. Kena marah bebel itu biasa tapi jangan kena tipu. Check dengan orang yang berpengalamam. In my case aku rujuk parent aku. Maybe dah nak terkena tipu kot tapi papa mungkin boleh tolong settle. And oh mr.roksta since aku noob pasal kereta. Teruk kena bebel. Tambah uncle bengkel dengan uncle mana-mana ntah tolong bebelkan sekali untuk aku. Tahan telinga aje. Dah tahu salah diri sendiri.

10. Jangan menangis. Jangan tunjukkan yang anda sangat-sangat pathetic. Macam biasa buat lawak bodoh untuk ceriakan suasana. Balik rumah baru nangis puas-puas. Seriously, kalau nangis kat atas jalan pun tak guna sebab dah terjadi pun. So the best way is to smile and act like a super lady walaupun kaki tangan dah mengigil dengan pucat lesi. Sebab tuh kena ikut langkah no.4 to calm you down.

11. Berterima kasih dekat Tuhan sebab tak ada kecederaan parah dekat tubuh badan cuma kecederaan pada walet sahaja. Bersyukur dan redha. Ada sebab Dia bagi musibah. Dia tahu you can handle the situation walaupun struggle nak survive. Allah knows better.

12. Lastly, belajarlah pasal kereta. Ambil tahu masa repair kereta. Jangan malas. Dalam kes aku, aku tahu radiator pecah sampai tumpah coolant semua tapi aku tak tahu yang kereta sepatutnya tak boleh drive langsung sebab temperature akan naik, kereta jadi panas dan enjin boleh meletup. Sebab itu cara mudah panggil tow-trak. Anda boleh claim insurance. Apa guna bayar tiap-tiap tahun wei?

Sekian tips dari aku yang banyak belajar dari kebodohan aku harini. Nasib duit bonus tak buat joli lagi kalau tak mana nak cekau duit nie. Oh enjin tak leh claim insurance kalau kesalahan itu berpunca dari diri sendiri. Saya bodoh!

enam puluh sembilan: mengidam kalah ibu mengandung

Dah lama aku tak ambil gambar.
Asyik upload gambar lama sahaja. Maknanya dah lama aku tak betul-betul see the world.

Segan sebenarnya bila keluar bawak kamera ambil gambar tak tentu hala. Aku memang segan sangat lelagi bila orang tegur. I just don't have the confident yet.

Blog nie pun dah lama tak berupdate gambarnya.

Pemalas.

Lelagi bila dah ada telefon berkamera. Lagi malas aku nak sentuh kamera aku. Nak jual sayang since itu kamera pertama yang aku beli guna duit gaji aku sendiri. Ada sentimental value di situ.

Dah tuh nafsu nak upgrade kamera meluap-luap padahal skill nak ambil gambar hancus.

Tapi teringin nak ada polaroid sebijik. Dulu ada, mama belikan sebab aku obses dengan Spice Girls. So bila dorang keluarkan polaroid jenama dorang, mama belikan. Kaler pink and purple. Tapi sayang, anak-anak makcik dah rosakkan masa aku simpan barang dekat kampung.

Polaroid.
Should I or shouldn't I?

Dan kalau beli I want to start my mini project.
Ambil gambar orang yang tak dikenali. And their names too.

enam puluh lapan: suasana hari raya

Entah.
I just don't celebrate Hari Raya.
The sole reason I'm going back home is because of mak. Sebab aku tak mahu dia raya sorang-sorang.

Lagilah lepas kaki mak dah tak berapa okay lepas jatuh dulu terus mak tak suka keluar rumah. Mak malu. Aku faham. Sebab tuh aku balik kampung jugak walaupun aku lebih rela habiskan masa dekat sini doing nothing.

Semuanya sebab mak.

Dah lama aku tak rasa suasana raya. Bagi aku raya cuma cuti percuma yang paling dinantikan untuk pekerja makan gaji macam aku.

Tapi aku tak tahu macammana nak cakap kat orang yang aku tak sambut hari raya. Aku memang tak pernah beli baju raya ke kasut raya ke. Cuma dah dua tahun aku belikan mama kuih raya sebab masalah kewangan dia. Selain tuh takda.

Orang kata aku kolot tapi biarlah apa orang nak kata.

Aku cuma sambut hari raya pertama dengan melantak lontong sama kuah kacang, ayam masak kicap dengan rendang kerang. Tiga hari berturut-turut sampai cirit-birit.

Hari raya aku memang hambar.

Takda istilah pergi solat raya ramai-ramai, beratur nak salam minta maaf lepas tuh berarak pergi raya rumah sedara mara.

Takde semua tuh.

Hari pertama anak-anak mak yang cuma boleh jumpa waktu raya datang rumah, makan-makan dan duduk tak sampai sejam kemudian balik. Tapi itulah yang gembirakan mak.

Salam peluk cium dengan ayat-ayat yang sama diucapkan setiap tahun itulah yang buat mak senyum seketika.

Takpe janji mak gembira.Walaupun aku tahu lepas tuh mak masuk bilik mak menangis sebab tak hilang rindu mak dekat anak-anak. Dan mak rindukan arwah abah. Aku tahu sebab mak cakap dengan aku bila aku tidur.

Raya tahun nie kebetulan dapat cuti lama. Walaupun awal-awal dah set nak balik johor raya ketiga. Aku dah tak selesa balik kampung sebab rumah mak penuh sangat orang walaupun aku tahu mak sedih bila aku balik awal.

Aku tak boleh duduk lama-lama tengok mak. Rasa hati macam kena cucuk tengok raut muka mak yang ada banyak kedut tuh. Aku ego, nak cakap aku sayang mak pun susah. Cuma berani cakap lepas mak tidur. Cuma satu benda aje yang aku berani suruh mak buat, suapkan aku makan. Kalau tak mintak pun mak panggil jugak.

Takpelah raya tahun nie rayakan untuk mak. Aku tak tahu samada mak atau aku hidup lagi ke tak tahun depan. Aku balik untuk mak.

17 tahun abah pergi. 17 tahun mak sambut subuh raya menangis balik pintu bilik masa solat subuh.

enam puluh tujuh: sesuatu yang bukan untuk aku miliki buat masa ini

Kepada manusia-manusia yang diberi Tuhan nikmat berkahwin dan nikmat melahirkan anak sepatutnya merasa syukur dengan pemberian Dia. Janganlah rasa diri sudah cukup sempurna dan tamak dengan apa yang ada.

Bukankah semua itu pinjaman Allah.Tiada yang kekal, semua akan berbalik semula ke asalnya bila sudah habis masa dia dekat dunia. Suami, isteri, anak, cucu, cicit, rumah, kereta semunya tak kekal kecuali Yang Esa.

Dan kenapa kita perlu berlagak menjadi Tuhan yang lebih tahu buruk baik sesuatu perkara itu dekat kita? Dia yang datangkan cinta dan Dia juga yang datangkan benci.

Hati kita ini hakmilik kekal Dia sahaja.

Dia yang tahu masa sesuai untuk setiap-setiap perkara bagi kita. Samada perlu atau tidak untuk kita berkahwin sekarang, perlu atau tidak kita punyai anak, sebesar mana rezeki kita, banyak mana hutang kita, cerah ke gelap masa depan, semuanya dah tertulis.

Sedangkan dalam rukun iman sendiri ada suruh kita beriman kepada qada dan qadar.

Jadi sekarang bagitahu aku apa perlunya kata-kata sinis 'anak dara tua' mahupun 'bujang terlajak' atau 'janda berhias' atau 'duda menggatal' atau 'pasangan mandul' untuk mereka-mereka yang nasibnya lain sedikit dari kita?

Mereka ada bahagia mereka tersendiri. Kita doa yang baik-baik sudahlah.

Betul cakap nabi kesayangan kita, lidah itu lagi tajam dari bilah pedang. Bergurau bergurau juga tapi jagalah percakapan, jagalah perasaan hati mereka.Mungkin perkara itu tak kena dekat diri sendiri, tapi ingat Tuhankan adil, anak-anak kita, sedara mara kita mungkin akan diuji sedemikian pula.

Aku ada terbaca satu artikel mengenai kita yang selalu marah-marah kalau nampak suami isteri menunggang motosikal sambil meriba anak depan dan belakang. Kadang-kadang kita maki-maki hamun tapi pernah tak kita sedar kesusahan yang mereka alami.
Mungkin memang mereka tidak mampu untuk beli kereta walaupun kancil secondhand. Lecturer aku dulu yang berbangsa asing sendiri cakap orang Malaysia yang mampu beli kereta hatta kancil pun adalah orang kaya sebab cukainya terlalu tinggi.

Jadi instead kita maki hamun mereka, apa kata doakan supaya mereka peroleh rezeki yang murah untuk memiliki kereta, sekurang-kurangnya kanak-kanak tadi tak tersepit dalam bakul lagi.

"Ya Allah aku pohon supaya mereka diberi kesenangan memiliki kereta, kasihan anak-anak kecil itu. Lindungilah mereka dari musibah"

Tapi disebaliknya pula, mungkin itu yang terbaik untuk mereka. Mana tahu kalau mereka ada kereta, sang suami bawa perempuan lain, sang isteri berjoli sana sini, anak-anak jahaman kereta dan akhirnya rumahtangga yang aman jadi porak peranda.

Kita tak tahu bukan?

Jadi janganlah menjatuhkan maruah orang lain yang cuba untuk bahagia dengan apa yang ada.

Dan kita-kita nie jangan pulak bongkak dengan rezeki yang Allah kasi pinjam. Cukup masa nanti Dia ambil balik.

enam puluh enam: cooking is really not a mind theraphy

Memasak is not my speciality even I adore food. I'm more to baking actually.

Tapi semenjak mixer aku meletup Ramadhan tahun lepas, sampai la nie aku tak beli mixer baru walaupun dah pasang niat nak buat kek tahun nie. Last-last aku buat kek batik aje and I do believe my kek batik is the best in the world haha

Setelah sudah 2 hari aku miss makan nasi, semalam aku decided to cook. At last, selepas beberapa bulan dapur tak berasap, harini dia bekerja keras.

Image Hosted by PicturePush

Sambal udang, sayur campur dan telur dadar.

Like I said, memasak bukan kepakaran aku. Tapi kalau kau kahwin dengan aku, Insyaallah takkan mati kebulur. Cuma pael aku ialah aku tak berapa reti nak bajet gula dan garam.

Sebab tuh air aku mostly tawar (aku tak suka air manis sangat, nak muntah aje rasanya), masakan aku kalau takde sapa rasa alamat tak cukup rasalah (tapi ok what, kurang diabetes dan darah tinggi).

Jadi bila kemaruk dah datang, aku gian memasak. Selalunya proses ini akan berterusan sampai beras yang aku beli habis, lepas tuh tunggu 3 bulan kemudian tuk aku start balik.

Membazir sebenarnya memasak untuk seorang. Even masak untuk berdua pun kosnya lagi mahal dari makan di luar. Tapi asyik jamah makanan luar lama-lama perut pun jadi sebu so kita cuba pula makan makanan dari rumah.

Nothing beat home cooking lelagi air tangan ibu.

Biarpun cuma telur dadar dengan kicap masin, ianya tetap makanan terbaik dunia.

Atau sebenarnya makanan memang memberi kita kenyang tapi dengan siapa kita makan itulah yang bakal mengenyangkan isi perut/hati/nurani kita sebenarnya.

Kau makanlah tomyam paling pedas dalam dunia, tapi kalau makan seorang tetap ada rasa kelatnya.

*facepalm*

Dan bagi aku lelaki yang pandai memasak, dia sangat seksi.
*drooling*

enam puluh lima: i wish for a wishing star

I don't like where I am right now. I don't feel happy and I rarely smile.

I cannot say that I hate my job, it is just I don't feel exaggerate anymore. Everything seems delusional. One thing that keeps me here, typical answer, the paycheck.

Don't get me wrong, I like my job, I really do, but somehow this is not what I want for the very beginning.

Technical is not my big thingy.

Satu sebab why I'm in this business is because of my parent.

Tapi aku tetap berterima kasih dengan dorang kalau tak mungkin aku dah hanyut kot.

My dream is,and still a dream, to be a surgeon like Dr. Meredith Grey.

Tapi impian tuh semua dah ke laut dah on the day I signed up to enter technic school. Well my mom, actually.

Kononnya atas dasar tanggungjawab dekat bapak aku yang takde siapa nak tolong company dia (at that time) sebelum company tuh tutup sebab adik dia sendiri songlap duit company sampai tinggal rm5 dalam bank account.

Bila aku dah stuck dengan bidang technical, nak tak nak I have to move on, carrying this unwanted disease on my shoulder. Sampailah aku kerja.

At first it was fun, I had a great team, wonderful colleagues walaupun kadang-kadang menyakitkan hati, bos yang tak kisah how you want to do your works as long as you get it done dan protokol pakaian kerja yang sempoi.

Tapi lama-lama, everything change. Aku dah tak rasa enjoy dan tak rasa dihargai and this feeling somehow killing me from the inside.

Kadang-kadang aku rasa menyesal sebab ikut cakap mama. Kadang-kadang aku rasa bertuah jugak sebab at least aku ada sumber pendapatan yang tetap and I can support her to pay all of her expenses.

Tapi itulah, there is something missing in my mind. Something yang tak pasti, but there a hole needs to be filled before it sinks down into the ocean.

Macam-macam yang aku nak buat. Taking cooking classes so one day I can have my own mini bakery-studio-book-shop, learn how to strumming a guitar and hit piano keyboard so that I can put melodies into my 'geli-geli poem' to tell my other half how much I love him, sewing baju kurung and baju melayu so that I can sew my own baju nikah and his, of course (I don't believe any superstition yang mengatakan tak elok jahit baju kahwin sendiri seolah menjahit kain kapan boohooo), diving and island hoping around malaysia and having a solo expedition to oversea. AND ALL OF THIS NEED MONEY!

Bila dah ada duit, I don't have time to do all of this. Hutang, hutang, hutang and of course time constraint due to workloads.

Aku rasa aku perlukan new environment, new air to breath because currently it is choking me slowly, tapi aku betul-betul tak berani nak ambil the first step or sebenarnya I afraid of changes and afraid to start all over again. Takut.

Pesanan ringkas...
Kepada pasangan yang merancang mahu mendirikan rumahtangga, silalah menabung dari awal untuk bakal anak yang bakal keluar supaya masa depan mereka cerah dan dapat menamatkan pelajaran dengan hati yang tenang dan terbuka. Jangan jadi macam aku, belum ada kerja, hutang ptptn dah menanti. As you know, ptptn is sucks!

enam puluh empat: sahur

Ade beberapa perkara yang boleh buat aku luruh jantung tanpa sebab dan melupakan orang keliling

1. Makanan.
2. Kedai buku. Ahhhh the smell of yellow pages books makes me high like smoking weeds.
3. Johnny Depp
4. Jared Leto
5. Mr. Rokstar

Teeheee.

enam puluh tiga: orang lain yang mengandung aku yang mengidam lebih-lebih

Aku kalah dengan makanan.

Macammana kuat pun aku boleh tahan nafsu untuk shopping kain baju kasut baru, bila dengan makanan aku kalah. Sebab tuh duit simpanan memang tak nampak apa-apa pun,sebab aku habiskan semuanya dekat makanan.

Jadi bila bulan puasa nie memang nafsu makan dia lain macam sikit.

Aku dah lama tunggu kehadiran bazar ramadhan dekat area rumah sebab dulu-dulu ada sorang makcik yang jual kuih akok. Ketagih aku dengan kuih dia. Dah lah panas-panas dia jual. Kecur air liur.

Sini susah nak cari akok bukan macam dekat Terengganu or Kelantan, merata orang jual. Sampai satu masa, sebab teringin sangat, mak kawan aku kirimkan satu bekas plasik aiskrim magnolia besar tuh penuh dengan akok.

Memang macam orang bercinta jarak jauh, bila lama tak jumpa, sekali dapat, penuh nikmat aku jamah.

Tapi aritu pergi bazar tengok port yang biasa makcik tuh jual takda pun akok. Dah 2 bazar aku carik tapi takda pun orang jual akok.

Seriuosly, I'm craving for akok.

Image Hosted by PicturePush
From here

enam puluh dua: suratan @ kebetulan

I've learned great lesson from someone. Katanya semua yang berlaku bukan kebetulan as it is been written by HIM.

Jadinya setiap satu kejadian telah diletakkan dengan cantik sekali oleh Tuhan walaupun kita tidak suka.

Kemalangan yang terjadi atas jalanraya akibat tak servis kereta, kelahiran bayi yang dikendung 9 bulan 10 hari oleh ibunya, kemenangan pihak haluan kiri over haluan kanan dan kemusnahan bandar konkrit oleh angin puting beliung, semuanya sudah dicatatkam detik dan masanya.

Cuma kita sebagai manusia suka mencari sebab musabab untuk menyedapkan hati.

Begitu juga dengan masa depan. Dengan siapa kita berkahwin, rumah bagaimana kita duduk, pekerjaan apa yang kita lakukan, berapa orang anak kita perolehi, bagaimana bos kita layan kita, semuanya sudah dirancang terlebih dahulu.

Dalam rukun iman pun sudah dinyatakan yang kita harus beriman dengan qada dan qadar.

Jadi jangan asyik salahkan takdir sahaja bila perkara buruk berlaku.

Seharusnya aku perlu banyak beristigfar banyak.

Ini cerita pasal diri aku.

enam puluh satu: sanggup

Kalau kita mampu berhutang untuk satu harta yang bakal defisit dan diperbuat dari tin milo, jadi mengapa harus dinaik-tarafkan pembuatannya?

Kalau kita mampu berhabis ribuan ringgit untuk beli Dr. Sukida, jadi mengapa harus digantikan semua carbon steel pipe dengan stainless steel pipe?

Kalau kita mampu membayar untuk siaran berbayar yang tenggelam timbul bila angin sepoi-sepoi bertiup, jadi mengapa harus diganti sistem analog dia?

Tak payah nak complaint here and there sangat kalau kita mampu untuk membayar semua di atas. Kita yang buat keputusan, so hadapilah dengan hati yang lapang untuk segals keputusan-keputusan yang kita telah buat.

*facepalm*

enam puluh: letih menanti matahari

Dah rasa sangat tak bermakna bila memaksa diri untuk bangkit pagi.
Bukan untuk mencari rezeki tapi untuk membuang masa.

Halal haram dah lama tolak ke tepi tapi lama-lama jiwa jadi kosong, otak mula malas dan badan-badan mula menunjukkan sintom penuaan.

Tambahan pula bila Ramadhan datang maka bertambahlah dugaan.

Ada lebih baik aku duduk di rumah belajar menjahit, mungkin sudah boleh berbisnes dari rumah.