tujuh puluh lima: sabar sabariah

Tuhan,

Ajarkan aku tentang sabar.
Dan ajarkan aku tentang percaya.

I don't need this negative vibes. Really, I don't.

Aku rasa insecure. Itu saja. Cakaplah banyak mana pun, yakinlah banyak mana pun tetap aku rasa insecure.

Sebab janji manusia takda satu pun yang boleh pakai kecuali janji Allah, tapi tetap aku memberi ruang untuk percaya pada janji manusia yang takda satu pun boleh pakai.

Macam gampang pemikiran aku sekarang.

tujuh puluh empat: pidato negara

Zaman la nie, ramai betul yang nak jadi pejuang Islam. Macam-macam ideologi, fatwa, hikayat dan riwayat yang keluar. Semua dok berebut-rebut nak keluarkan hadis sendiri.

Sampaikan aku sendiri keliru mana satu yang sahih mana satu yang dongeng.

Hai manusia.

Nak jadi hero lah katakan.

Setakat copy-paste dari bantuan pakcik Google tak payah lah nak hebat sangat.

Tapi molek lah tuh juga sekurang-kurangnya ada sikit ilmu di dada tuh kan. Dari tak tahu jadi tahu, dari malas jadi rajin. Lagipun kebanyakan kita ini Islam turun-temurun. Tapi kena ingat iman tuh takkan turun-temurun Tuhan kasik. Kita kena cari sendiri.

Ayat pertama yang Allah turunkan pada Rasul kita 'IQRA'

Dari situ kita tahu, kita kena baca, baca, baca. Membaca kan jambatan ilmu.

Tapi sayang kebanyakan hero-hero kita nie, sebelum berjuang dah ramai yang kantoi.

Bila tanya,
'Hang jaga tak solat hang?'
'Jaga, tapi kadang-kadang subuh selalu kantoi, tak selalu pun bila hujung minggu aje'

'Hang puasa sunat Isnin dengan Khamis tak?'
'Aku bukan tak mau puasa tapi selalu lupa bangun sahur lah. Lagipun aku gastrik kalau tak makan'

'Hang selalu tak buat jemaah kat masjid/surau dekat umah hang'
'Bukan tak mau pergi tapi aku selalu kena OT malam, payah sikit'

'Hang jadi imam solat tak kat umah? Takpun hang yang jadi tukang qamat?'
'Gua solat sorang-sorang kat umah nak jadi imam sapa? hantu?'


See? Belum apa-apa dah kantoi.

Kita sembang memang best, pung pang sana sini sampai tersembur air liuq tapi perkara-perkara yang simple macamnie kalau tak kukuh, robohlah pasaknya.

Rasul kesayangan kita dulu dakwahnya mula dari rumah dulu baru terang-terangan.

Jadinya sebelum hang sibuk-sibuk nak pergi berperang, hang asah dulu pedang hang baru tak terburai isi perut nanati masa menghadap musuh. Cakap berabuk pun takda faedahnya, bukan orang hormat orang menyampah lagi adalah.

tujuh puluh tiga: komplain lagi dan lagi

Sejak 2 3 menjak badan aku mula meragam mengada-ngada.
Tanda protes agaknya. Padahal baru aje aku manjakan dia dekat spa, beratus-ratus habis.

Aku manusia yang payah nak berpuasa selain Ramadhan. Jadi bila diri dah semangat nak berpuasa sunat/ganti, mesti dia meragam.

Sakit perut lah, angin lah, nak muntah lah pening kepala lah. Mengantuk tahap menguap selang 3 saat tuh tak payah cakaplah.

Manja!

Sekali-sekala kena marah terus body aku shutdown terus.

Macam harini, sengal-sengal badan bawak terus sakit kepala, berat sebelah kanan dari ubun sampai ke tulang bahu peritnya. Itu migrain ke? Aku tak tahu. Yang aku tahu badan aku memang mengada-ngada.

Cuma sekarang sakit belakang aku dah tahap 75% teruk. Tak boleh duduk lama, sakit.
Kalau baring lagi lah, tertarik-tarik urat belakang. Dah pergi urut tapi tak lega sangat pun. Nak try urut kampung tapi kat sini payah nak carik.

Dear body,
Please bear with me at least for another 2 years before I made-up my mind. Sayang awak.

tujuh puluh dua; saya serius nie, jom kahwin

posting nie bersambung dari posting sebelumnya

Kenapa bila orang yang tak berkahwin lagi cakap pasal kahwin mesti orang ingat kita sangap lah gersang lah horny lah. Apa kahwin tuh is all about sex ke?

Stupid asshole betul.

Sama macam penulis blog nie aku takut komitmen dan agak kurang percaya dengan institusi perkahwinan sebenarnya. Aku prejudis. Aku juga tak faham macammana seorang manusia boleh bertahan untuk hidup bersama berpuluh-puluh tahun.

Hari-hari nak mengadap muka sama, tak boleh buat sesuka hati, kena fikir apa perasaan pasangan dan semestinya kena banyak berkorban.

One of my friend said, "kahwin nie sebenarnya perlukan keberanian, sebab tanggungjawab dia besar. Setiap satu ada peranan masing-masing. Isteri kena tahu peranan dia, suami pun sama. Kau kena banyak tolak-ansur. Banyak perkara kau kena korbankan jugak. Nak hidup berdua bertiga berempat nie bukan senang. Habis wang ringgit, tenaga kau semua. Seks tuh cuma 10% aje. Mula-mula memang lah seronok tapi lama-lama kalau kau tak reti nak spice up your marriage, dia jadi hambar. Sebab tuh ada suami pasang lain, isteri main laki lain. Dan sabar. Itu penting sangat. Kalau tak turun naik mahkamah lah jawabnya. Kau tuh jangan terlalu komplain sangat hidup single. Belum rezeki kau lagi, jaga kucing pun aku tengok dah banyak komplain, macammana nak jaga suami nie?"

*BIG GULP*

Ye ye aku tahu aku banyak komplain pasal kucing aku tuh. Habis tuh nak cerita pasal anak, aku belum ada anak lagi kot. Ok. Kucing tuh dah masuk topik lain.

Aku decide nak kahwin tahun depan sebab aku tak mahu buang masa ke hulu hilir tanpa ada ikatan sah. Buang masa, buang tenaga. Sekurang-kurangnya kalau dah nikah, aku tahu apa yang aku buat nanti untuk suami aku, yang dah halal untuk aku. Dan mintak-mintak tahun depan, kewangan mama dah ok.

Contohnya macam sekarang, solat aku sekarang terabur, tak kusyuk langsung. Aku tahu aku perlu tahu maksud setiap kalimah yang dibacakan dalam solat untuk solat dengan penuh tawaduk. Tapi kalau dah otak asyik fikir pasal dunia aje berterabur jugak. Dan sebenarnya aku teringin nak solat berimamkan suami aku sendiri. Tak semua orang dapat nikmat tuh.

Dan

...AKU NAK GUNAKAN PRIVILEGE DOA-DOA DARI ANAK-ANAK (yang soleh dan solehah) AKU UNTUK MEMBANTU AKU DALAM KUBUR...

Pointless sebenarnya kalau bercinta tapi tak dapat apa-apa. I'm 27 bukannya 17 nak bercinta-cinta monyet nie kan.

Aku tahu mesti ramai yang mengata kalau aku buat majlis kahwin macam tuh tapi spesis masyarakat kita nie akan mengata dalam apa jua keadaan. Gah majlis tuh, orang mengata jugak, simple majlis tuh pun orang mengata jugak. Jadi aku ketepikan semua tuh dan buat mana yang molek dan mendapat restu dari keluarga. Itu dah cukup.

Haishh kenapa dengan aku lately nie? Semuanya mahu serius aje.

Aku harap secara fizikal dan rohani dan duit dah ready tahun depan.
Eh jap aku lupa, pengantin lelaki jugak kena ready kalau tak aku nak kahwin dengan siapa?

tujuh puluh satu: my dream wedding

Lately aku banyak baca pasal kahwin. Dengar ceramah Ustaz Kazim pun pasal hal rumahtangga. Sebab apa?

Obviously, aku nak kahwin.
Tahun depan.
Serius business. No joke.

Tapi duit simpanan tak cukup nak buat majlis besar-besaran. Senang cerita nak buat open-house pun tak lepas.

Tapi aku merancang nak kahwin tahun depan.
Minta Tuhan permudahkan urusan aku.

Oleh kerana mama dah warning siang-siang kalau aku nak kahwin kena guna duit sendiri makanya kenduri untuk belah aku nanti sangatlah kecil aku buat.

I prefer that way sebenarnya.

Cuma masalah aku tempat. Rumah mama apartment. Kecil. Nak buat majlis dekat mana?

Dewan? Bapak mahal. Nak bayar sewa lagi, catering lagi, kerusi meja, PA system bagailah. Aku sangatlah tak suka buat dekat dewan. Besar sangat. Tak mampu aku nak layan orang nanti.

Jadi aku selalu create this idea yang aku nak menikah dekat surau depan rumah mama tuh.
Lepas tuh pasang khemah, untuk makan-makan. Lepas nikah, ajak tetamu makan-makan, bergambar, salam-salam, kasik bunga telur then balik.

Pelamin. Tak payah. Tak suka. Tak gemar duduk atas pelamin, orang baling-baling beras ke hapa semua tuh. Rimas.

Jemputan tak mahu ramai-ramai. Cukup keluarga dan kawan rapat. 100 orang cukup. Ok up sikit 150 orang. Like I said, aku tak mampu nak panggil ramai-ramai. Bajet limited.

Aku tak demand duit hantaran. Tak perlu rasanya. Tapi aku demand mas kahwin, ikut tarikh lahir aku. Kenapa? Aku nak pihak lelaki ada effort sikit dan simbolik untuk aku. Itu aje.

Dan 2 2 pihak sediakan 3 dulang hantaran. Satu letak manisan, satu hadiah untuk mak ayah dan satu lagi hadiah untuk pasangan.

Oh lupa, kaler pilihan dark purple merge dengan hijau lumut sikit-sikit. Barulah joker hihi

Belah pihak lelaki, aku serahkan pada dia nak buat macammana. Dan kalau boleh memang aku tak mahu buat besar-besaran jugak. Buat kenduri doa selamat pun kira dah ok.

Bajet perkahwinan, kita sharing, 50-50. Kecuali mas kahwin, aku nak dia carik duit sendiri.

Lepas kahwin, family planning kena ada. Kalau boleh aku tak mahu anak. Setahun ok tak?

Kasiklah aku merengek-rengek dengan suami dulu, masak sedap-sedap untuk dia, tidur bawah ketiak dia puas-puas dulu dan pastinya kewangan kena stabil dulu. Ingat senang nak bela seorang manusia sampai dia jadi manusia?

Lagipun kalau boleh lepas dapat anak, aku tak mahu kerja. Aku nak besarkan anak tuh sendiri. Tak mahu hantar nursery, tak mahu orang lain suapkan dia, tak mahu orang lain susukan dia. Aku nak jadi seorang isteri dan seorang ummi secara esklusif.

Ini perkahwinan impian saya.
Dan sekarang aku perlu carik lelaki yang cukup gila untuk memperisterikan aku. Phewwww