lapan puluh satu: goldie, cinta pertama yang susah nak lupa

Dear Goldie,

Do you still remember, the first time we met?
It was 3 years ago. You were my first ride. I was excited and scared at first.

Ye lah, tak sampai 12 jam berjumpa dah kena bawa awak sejauh 350 kilometer.

Masa mula-mula nak bercinta dengan awak rasa takut sangat, tapi terpaksa beranikan diri. Dapat awak aje terus kita merantau ke JB. Untuk first timer macam saya kira itu rekod terhebat lah. Nak-nak pulak bawa awak dekat highway Pasir Gudang nie. Deadly highway kot. Tapi masa tuh saya tak tahu, main redah aje.

Sampai-sampai aje dekat sini, awak dah berlaga dengan pagar rumah saya. Kesian awak calar-calar. Tapi saya tahu awak taf macam saya kan :)

Dulu-dulu masa saya ramai kawan, semua berebut nak naik awak, sebab awak sangat menjimatkan dan saya pulak ketagih drive, walaupun masa tuh tak pandai sangat nak cilok-cilok macam sekarang. Nak memotong pun pikir 50 kali.

Saya syukur sangat dapat awak, sebab awak jarang meragam. Awak betul-betul taf. Ingat tak masa saya sesak-sesak dulu, dekat setengah tahun saya tak hantar awak servis tapi sekali pun awak tak pernah meragam.

Cuma ada sekali awak terus shut-down tapi itu betul-betul kritikal. Ye lah air bateri kering terus memang ar awak tak boleh bergerak. Saya kalau tak minum sehari pun naik longlai lagilah awak kan.

Sekarang tiap 3 bulan memang saya tak pernah miss hantar awak ke spa. Awak kan selalu kena jalan jauh. Sebabkan awak saya dapat pergi macam-macam tempat walaupun kita belum pernah tour satu Malaysia lagi. Tambahan pulak usia awak dah lanjut, jadi maintenance awak sekarang memang tinggi. Saya tak pernah berkira bab-bab tuh sebab saya tahu, awak betul-betul perlukan semua tuh. Setiap bulan awak kena ulang-alik lebih 1000km, jadi saya memang akan manjakan awak bila hantar awak pergi spa.

Saya risau jugak bila awak sakit-sakit badan, bunyi sikit aje saya dah gelabah. Tapi ye lah saya nie kerja makan gaji, kena kumpul duit dulu baru leh hantar spa.

Banyak memori saya dengan awak.

Awak selalu teman saya menangis sampai lenjun stereng tuh dengan hingus saya bila saya susah hati lelagi lepas putus cinta, ke hulu hilir layan kerenah saya yang suka drive tak tentu pasal, bawak laju-laju dekat highway lepas tuh bukak tingkap menjerit macam orang giler, bawak mak jalan-jalan, teman saya tidur dekat RnR dengan dekat ntah mana-mana petrol station, pegi piknik sorang-sorang, ishh macam-macam lah Goldie.

Awak jugak temankan saya pergi merata daerah dekat Johor nie. Kita jugak pernah sampai ke Kuantan dengan Temerloh. Melaka, Seremban, Selangor tuh memang dah selalu kan. Saya tak berani nak bawak awak jauh-jauh takut awak semput ataupun yang sebenarnya saya yang semput nanti hihi

Dengan awak jugak saya mengalami kemalangan pertama saya. Patah kaki saya 3 minggu awak masuk spa. Kena marah dah satu hal, kena tipu lagi, sudahlah masa tuh dekat raya, sedih sangat tapi takpalah at least I've learned something. Lepas awak sihat, terus dengan berhemah saya jaga awak. Tapi erkk kejap aje lepas tuh faham-faham aje lah hihi

Lepas tuh, awak bawak saya pergi macam-macam tempat, saya jumpa macam-macam jenis orang Goldie. Macam-macam jenis karekter, perangai, rupa bentuk yang saya jumpa. Because of you jugak saya dapat pergi dating dengan Mr.Roksta haha terima kasih Goldie!

Tapi Goldie, macam mana sayangnya saya dekat awak, hakikatnya awak bukan hak mutlak saya. Awak kepunyaan orang lain. Sampai masa saya perlu pulangkan awak dekat the rightful owner.

Bukan saya tak sayang, awak tuh dah macam first love saya, banyak perkara kita tempuh sama. Masa saya susah awaklah tempat saya mengadu, dengar bebelan saya, tengok saya emo semua. Berat hati saya nak lepaskan awak.

Minggu nie will be our last days together. Sebak rasanya. Hari-hari saya belai awak, tengok awak lama-lama sebab nanti mesti saya rindu.

Goldie, nanti bila dah balik ke tuan asal saya harap awak tetap taf macam masa awak dengan saya.

Goldie, I love you and thank you for all these years. I really appreciated you. Hope your owner will love you even more. I'm sure mama will take a good care of you sebab saya tahu awak sebuah kereta yang comel dan mantop sekali :)



Love,
Driver

lapan puluh: malas

Hmm banyak sebenarnya yang nak ditulis tapi semua ke laut.

Pernah rasa kepala macam nak meletup sebab tak dapat nak menulis.

Idea pulak datang tak menentu, time dekat jamban, time tengah memandu, time aku tengah order makanan dengan time aku nak tidur.

Memang tak dan lah aku nak tulis semua tuh. Lain lah kalau ada software yang boleh convert apa yang ada dalam kepala otak aku jadi perkataan. Atau boleh convert apa yang aku cakap terus masuk blog. Tak payah taip satu-satu. Kan senang untuk manusia pemalas macam aku.

Dasar pemalas.

tujuh puluh sembilan: hanya sandwich telur

I'm happy.

Walaupun cuma sandwich telur, aku rasa puas. Sebab sandwich tuh aku nak kekahkan dekat budak2 ofis esok. Sebenarnya niat dari minggu lepas tapi dek kemalasan dan kepenatan asyik balik lewat malam semua tuh tertangguh.

Ini pun aku cuba lawan setan-setan yang menguasai diri.

Selain kek batik, aku percaya sandwich telur aku sedap haha

Aku suka masak. Lepas tuh aku suka kalau orang tolong makankan masakan aku. Sebab aku memang jarang nak makan apa yang aku masak. Aku cuma nak lepaskan gian aku suka masak.

Tapi skill aku idak ler sampai tahap boleh lepas peringkat saringan MasterChef. Aku rasa time ujibakat pun dah disqualified.

Aku juga percaya yang masakan aku sedap haha ini semua berdasarkan maklumat budak-budak ofis sebab dorang food-taster aku. Bagi aje apa-apa makanan dekat dorang, memang lesap dalam masa 30 saat.

Sebab membazir masak untuk seorang, jadi aku akan lebihkan sukatan untuk kasik dorang makan. Selalunya licin. Aku ada intai-intai jugak kot-kot dorang cover sebenarnya tapi alhamdullilah aku tengok semuanya dorang telan cuma tulang aje yang ke tong sampah.

Tapi aku ada satu pael. Kalau aku masak semata-mata nak dapatkan pujian alamatnya macam-macam rasalah yang kurang. Banyak kalilah macam tuh. So bila budak-budak ofis suruh aku masak memang liat lah aku nak buat. Takut tak menjadi.

Sekarang nie kena asah balik skill tapi itulah aku malas sangat-sangat.

*sepak diri sendiri*

tujuh puluh tujuh: GABAN



This is Gaban, kucing liar yang membuat onar dekat rumah aku. Dan sekarang unofficially, Gaban is a part of my family. Macam besar aje family aku, padahal cuma ada aku dengan 2 ekor kucing aje.

Sebelum-sebelum nie, aku memang ada nampak Gaban dekat bawah flat tapi Gaban tak suka orang usik dia. Aku datang dekat, dia cabut lari.

Al-kisahnya, pada suatu malam (peh ayat haha), aku lupa tutup pintu masa tidur, nasib ada grill, kalau tak dengan selamba perompak masuk rumah, tapi takdelah terkangkang pintu rumah tuh, cuma renggang sikit sebab aku buka pintu kasik kucing-kucing aku main dekat luar sekali terus lupa tutup pintu. Masa dekat rumah lama lagi parah dengan grill dengan pintu aku tak kunci terkangkang macam tuh, pagi-pagi housemate jerit pintu tak berkunci T_T

Lupakan kisah pintu.

Bebalik cerita asal, aku terjaga pagi-pagi buta sebab dengar kucing mengiow kuat sangat, nak kata Aisyah or Suri mengamuk, tuh bukan suara dorang, jadi bila aku bukak pintu rupanya Gaban ada dekat ruang tamu mengamuk sebab makanan dalam bekas dah habis. Over pulak. Macam tuh rumah dia sendiri.

Aisyah dengan Suri menikus bawah kerusi.

Aku pun letak sikit makanan dekat luar rumah kasik Gaban makan. Sejak dari hari tuh, tiap-tiap pagi dengan petang Gaban akan terpacul mukanya depan pintu rumah aku minta makanan. Kadang-kadang Gaban nie over jugak. Pukul 5 pagi mengiow mintak makanan, dapat pulak aku yang cepat kesian, sanggup bangun semata nak kasik dia makan.

I have a soft spot for animals, kucing apatah lagi.

Gaban nie aku declare dia sebagai abang kawasan flat aku.

Sebab?



Dia gemuk, badan sangat sasa dengan penuh calar balar. Cuma satu aje yang fail. Suara dia. Macam mak nyah. Mula-mula aku ingatkan dia betina sekali jantan. Suara Suri yang kemetot tuh pun lagi garang dari Gaban.

Tapi disebabkan Gaban jugak Aisyah bunting sekali lagi. Semua sebab aku lambat nak castratekan Aisyah. Setiap kali aku nak pegi vet, ada aje masalah. Yang terakhir aku eksiden masa on the way pergi hantar Aisyah. Kesimpulan dari mr. roksta, aku memang ditakdirkan tak boleh castrate Aisyah huhu

Oleh kerana aku tak sampai hati tengok Aisyah melompat sana sini, mengesot bagai nak rak dan tak tahan telinga malam-malam dia mengamuk, aku relakan Gaban menodai Aisyah.

Nasib Gaban warna hitam, kalau oren gak memang aku tak rela. Rumah oren, kereta oren, sport-rim oren, kucing kat kampung pun oren, nak muntah aku tengok kaler oren.

Aku harap lepas nie anak-anak Aisyah takde lah semuanya oren, dengan tak buas macam Suri. Habis kaki tangan aku dia cakar time tido, asyik nak gigit aje padahal makan kuat, minum susu kuat dengan tido pun kuat. Macam tuan dia jugak.

Kadang-kadang aku cuba jadi hati kering tak bagi Gaban makan sebab tak mau dia biasa nanti, kalau aku dah pindah macammana kan? Tapi selalunya fail. Bila tengok muka Gaban dengan mata dia yang buntang, aku kalah. Celaka lu Gaban, apa lu manderam dekat aku ha?

Ada sekali dekat 3 4 hari jugak lah aku takda rumah. Kucing dekat rumah aku dah siap-siapkan bekalan, sekali aku balik tengok Gaban setia menanti depan pintu rumah, terus aku sebak. Kesian kot.

Gasak kau lah Gaban, selagi aku duduk rumah tuh boleh lah kau nak manja-manja dengan aku. Nanti kalau aku dah pindah, menangis lah kau.

tujuh puluh enam: temporary shut down

Sakit.

Sakit kepala.
Sakit belakang.
Sakit pinggang.
Sakit bahu.
Sakit perut.

Tapi tak boleh lawan sakit hati.

Asyik kena toreh aje.

Last-last aku mengigau masa tidur dekat surau. Terjaga sebab ada akak kejutkan.
Entah apa yang aku meraban pun aku tak tahu.

Kerja dah mula banyak, sikit pun aku tak kisah. Yang buat aku meradang bila ada pihak luar cuba buat lawak sinis sebab sebelum nie dia sibuk aku duduk goyang kaki.

Kalau buat kerja aku serius, orang pun boleh nampak dari raut muka aku. Tapi kalau asyik cuit aku sana sini, hatta tengah berdiskusi pun boleh kacau aku cerita bukan perihal kerja, aku jadi marah.

Tak boleh tunggu ke? Tak penting mana pun. Buat aku malu tahu.

Dalam sibuk-sibuk pun ada pulak provokasi lain dari pihak luar.

Tak tahu nak react macammana.

Terus body aku lari tune. Babi.

Sebab tuh boleh mengigau dekat office tengahari buta dalam surau.

Syaitan, suka betul kau dengan hati aku nie.

Terapi paling bagus ialah tarik selimut, tutup muka, menangis teringatkan arwah atuk.

Bukan ada yang peduli pun. Aku nie kan asyik layan melankolik. Semua pun menyampah.
Nasib ada anak-anak. Hilang stress. Tapi kalau dorang jadi manusia, dah lama lari agaknya.