I rarely talk about my work because there is nothing to talk about.
My job kinda boring.
But now, I'm miss doing shipbuilding hull. I don't like what I'm doing right now. Tak berjaya menarik minat aku compare to my previous job scope.
*sigh*
Still looking for a new job. Permanent job.
I want to do something that I'm good at eventhough it is noty dream job. But at least, aku ikhlas.
Sekarang, aku rasa kerja yang aku buat tak berkat langsung.
How did I know?
Dari duit gaji yang tak pernah lekat dan mengalir macam air tiap bulan. Dan duit simpanan yang tak pernah ada.
Ini antara sebab why I need to change my environment before I'm drowning in this black sea.
satu ratus tiga puluh dua: benci tapi suka
satu ratus tiga puluh satu: diam diam berisi
Dari dulu lagi aku sebenarnya kurang gemar berhimpun/bergaul/berkhidmat masyarakat kalau komuniti tuh terlalu didominasi oleh perempuan.
Sebab sebagai seorang perempuan aku tahu akan wujud 2 situasi berikut:
Satu; berpuak-puak. Dua; gosip.
Aku nie jenis mulut bising. Riuh sekampung kalau bercerita. Kalau nak suruh aku bergosip cara halus memang tak dapatlah sebab suara macam amplifire.
Dari tingkat atas sampai tingkat bawah boleh dengar suara aku.
Dan menjadi seorang manusia yang dilahirkan sebagai mulut speaker nie, secara automatik orang lain akan melabelkan aku sebagai ratu gosip dan tukang sebar fitnah.
Sedangkan aku nie antara manusia terakhir bila datang bab-bab gosip nie. Aku cuma malas dan tak berminat nak ambil tahu. Buang masa.
Tapi yelah mana ada orang nak percaya, perempuan yang lemah-lembut, suara halus, pendiam pulak tuh, ketawa pun tutup mulut, itu sebenarnya musuh dalam selimut? Pijak semut pun tak mati.
Lainlah aku nie.
But i'm used to it. Dah biasa. Mana-mana pergi mesti situasi yang sama wujud.
Aku malas ambil peduli.
You can continu wih your attitude my ladies because I really don't mind.
Bergosiplah anda dan bersusah payahlah anda untuk memporak-peranda hidup anda sendiri dengan menyebar fitnah sebab saya percaya dengan keadilan Allah.
satu ratus tiga puluh: fake mirror #01

Sebagai perempuan yang bertudung aku sebenarnya kurang faham apa tujuannya pakai fake bun dekat kepala.
Like seriuosly?
Sudahlah nak pakainya leceh, lepas tuh terjojol pulak atas kepala. Kemudian dok risau takut-takut sanggul yang tinggi menggunung tuh jatuh terburai.
Selalunya orang yang suka terjojol sana sini nie memang suka bermegah. Macam orang pakai fake boobs. Kalau boleh nak sebesar buah kelapa.
Alahai
Buruk sebenarnya pakai fake bun tuh. Macam alien predator aje aku tengok.

Dulu kalau boleh bila pakai tudung nak nampak flat aje sebab tak mahu orang tahu kita nie rambut panjang atau merimbun.
Sekarang lain betul fesyennya.
Macam kaum mayan
Dan kesian sebenarnya dekat perempuan-perempuan yang sanggup buat apa sahaja untuk kelihatan 'in' dalam society.
Padahal kalau dah strip off everything in front mirror, you left with nothing. Flat, tak ada terjojol dah. What's left is what is inside your brain.
satu ratus dua puluh sembilan: berat badan
Berat yang ada tak cukup.
Aku kena naikkan sampai 50kilograms.
If not, padahnya pada tulang belakang aku. Sekarang nie sakit melampau. Aku tak boleh lena bila tidur malam. Berdenyut-denyut. Kadang-kadang aku cuma mampu teresak-esak sambil picit sikit-sikit untuk kasi lega.
Doktor cakap mungkin muscle yang bengkak since sakit aku keseluruhan badan. Kalau tulang, tempat dia lebih spesifik.
Jadi, aku diberi ubat lembutkan muscle supaya perjalanan darah okay, disamping cuba berurut.
Aku jugak perlu naikkan berat badan. Itu harus. Kalau dalam sebulan nie still tak baik-baik jugak, aku kena ambil x-ray untuk tengok tulang aku cukup kalsium je tidak.
Im not even 30 yet, tapi badan dah meragam.
Jadinya secara otomatik aku paksa diri aku jadi milk lover. Minum susu sampai muntah, avoid cold water and eat healthy.
Kalau boleh mahu baik fizikal mental sebelum 30mei. I really need it.
satu ratus dua puluh lapan: redang island

Terima kasih dekat kawan-kawan yang buat trip ke Redang. Tertunai impian aku nak bermalam dekat sana.
Redang cantik but I must confess yang Redang tak secantik Manukan, Sabah. Dari segi coral dan hidupan laut dia. Coral dia biasa. Ikan pun sama. Cuma aku enjoy sebab dapat jumpa nemo dan dapat ambil gambar underwater.
Seronok sampai sengih-sengih sampai ke malam.
Happy sebab for a moment I forget about everything. Well not really lah kan.
Tapi dapat lepaskan beban menghadap laut untuk 3 hari without ada orang push me here and there, terasa relief sangat-sangat.
Panorama cantik. Sangat cantik sampai aku terpegun tengok. And the people, yes the people made the island beautiful and the people that I went with made it memorable.

satu ratus dua puluh tujuh: alhamdullilah
Happy sampai badan naik sejuk tiba-tiba. Mengigil sambil tersengih macam kerang busuk.
Alhamdullilah, syukur sangat-sangat dapat rezeki yang dinanti-nanti selama nie.
Semoga rezeki yang keluarga aku dapat ni tak menjadikan kami manusia yang lupa dengan Allah dan orang-orang yang kami sayang.
Semoga rezeki yang keluarga kami dapat ni menjadikan kami semua manusia yang reti bersyukur dan tetap bersederhana dalam semua perkara.
Semoga rezeki yang keluarga kami dapat ni dapat membuka rezeki untuk orang-orang lain.
Alhamdullilah :)
Thank you Allah.
satu ratus dua puluh enam: gulung pertama recesky
Tak sia-sia aku beli kamera murah nie. Tak sia-sia jugak aku ambil masa 2 hari to assemble all the parts, siap satu panel viewfinder die patah lah.
Walaupun agak ngok sikit masa awal-awal ambil gambar tuh sebab tak secure filem kuat-kuat so die tak rolling betul-betul. Lepas tuh dengan selamba aku buka so aku boleh roll balik. Rugi gambar masa dekat Kijal tuh. Dah lama masa tuh suasana cantik, momen pun cantik, aishhh
Tapi so far aku suka gambar dari kamera nie.
Masa nak cuci tuh aku ragu-ragu, takut gambar tak jadi, so suruh kedai tuh develop dengan burn dalam cd aje. Balik rumah bila tengok gambar tuh, terus lompat-lompat happy sebab cantiknyaaaaaaaaaaaaaa.
Terasa puas sebab kamera aku pasang sendiri, tapi toksah ler suruh aku ingat balik nama-nama parts dalam tuh, haram tak ingat.
Gambar otomatik jadi macam gambar lama dengan ada blur-blur dekat hujung tuh. Tapi boleh adjust nak clean punya or letak black corner dekat lens dia. Cuma aku malas. Sakit tahu nak pusing-pusing lens tuh. Filem yang aku gunakan pun fujifilm iso200. Yang biasa je.
Boleh proceed dengan roll yang kedua.
Selamat tinggal dunia digital, selamat tinggal jugak duit aku terbang melayang-layang.
Tunggu lah, aku buat my very own dark room nanti
Ambil gambar kasut sendiri adalah wajib untuk setiap filem yang aku guna. Konon-konon trademark lah tewww)
satu ratus dua puluh lima: gulung-gulung mata ikang
Dah lama ambil gambar baru ada niat nak pergi cuci.
Betullah fisheye nie betul-betul makan cahaya. Kena guna filem iso400 baru gambar cantik. Itupun hari kena cerah, kalau mendung sikit gambar tak terang sangat.
Sekarang aku dah beli bergulung-gulung filem iso800. Hambik ko.
Nie guna filem expired. iso100 pulak tuh, memang ranap sikitlah gambar.
Sekarang tengah guna filem b&w. Nanti kita tengok lah pulak hasilnya macammana.
satu ratus dua puluh empat: black furball
Jadi mak angkat untuk 3 bulan.
Nama Baby tapi ini kucing jantan.
Manja tapi garang. Habis kaki dengan tangan aku kena gigit, kena cakar tanpa sebab.
Kadang-kadang aku keluar dari bilik air, dia lari-lari, tangkap kaki aku, terus dia gigit.
Geram aje aku.
Selain bab tuh, he is a good cat. Behave sangat.
Masa ada Mocca dengan Oncet, aku kurung dia dalam sangkar masa pergi kerja. Balik kerja aku lepaskan.
Cuma ada sekali pagi subuh, sebelum mandi aku kasik Mocca dengan Oncet makan, lepas tuh lupa tutup pintu sangkar, sedar-sedar lepas mandi ada 2 entiti berlari depan aku.
Rupanya Mocca melompat keluar sangkar, kena kejar dengan Baby. Aku ingatkan tikus. Nasib tak menjerit.
Sekarang Mocca dengan Oncet dah kembali dekat tuan lelaki, jadi bahagialah Baby tak kena kurung since aku memang tak suka kurung kucing pun.
Tuan asal Baby tak castrate-kan dia lagi so ada sekali tuh aku nampak dia bersenggama dengan teddy bear aku. Terkejut aku. Terus aku sorok teddy bear dalam almari.
Tiap malam bila dia datang masa aku tidur, aku ada sedikit elergik sebab takut dia cakar muka.
Apart from that, he is a good boy. Tapi aku cuma jaga untuk 3 bulan je, lepas tuh tuan dia ambil balik dah :(