satu ratus lima puluh satu: again

Letting go

is the hardest part.

I can't seem to let go the past. It is taking control everything in my life.

Grudge.

Angry.

Furious.

Madness.

Lonely.

I can't live like this.

I need to go to physiatrist. I been depressed for so many years.

Or I really should talk to Him more often.

I need, no, MUST make peace with my past.

And let go.

I need help.

Help me.

:(


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu ratus lima puluh satu: sick kitten

Semalam aku kelam kabut since my baby girl sakit teruk.

Balik je kerja semalam, buka pintu tengok smelly lari-lari ke arah aku. Tapi tergamam sebab kaki belakang dia macam lumpuh. Aku pegang je tengok perut dia dah buncit sangat. Terus aku ambil bawak pergi jumpa vet

Kesian wei. Dalam kereta duduk beriba. Masa lalu dekat line kuning banyak-banyak or jalan tak rata she grabbed my hand. Masa tuh rasa aaaa~~

Sampai klinik, vet tuh tekan-tekan perut smelly. Keluar air kencing. Keruh dengan busuk. Aku dah syak dia ada improper digestion sebab perut dia buncit semacam. So semalam memang betul tekaan aku.

Vet cakap kena tolong dia picit perut untuk beberapa hari nie sampai baik sambil makan ubat. Tahi dia pun keras tapi vet cakap takda blockage.

Still, aku tetap risau.

Sampai rumah kasik makan dulu. Bersuap kot. Nak nangis aku since she cannot sit properly. Kaki depan je berfungsi. Kaki belakang lumpuh terus. Vet cakap pundi kencing dia bengkak sampai buat kaki tak boleh jalan.

Lepas makan, kasik ubat then bawak pergi toilet untuk proses memicit perut. Meraung smelly. Sakit sangat tuh. But what to do? Dia memang tak boleh kencing. Then berak pun cuma keluar seketul tahi batu.

Malam tuh aku peluk dia masa tidur. Bila sedar dia bangun cepat-cepat bawak pergi toilet sebab dia cuma bangun bila nak berak. Lepas tuh tidur.

Masa nak bersiap pagi tadi, aku dengar dia lompat kerusi. Tergolek terus pastu aku intai, dia carry badan dia ke tray pasir. Tapi sangkut sebab tak mampu nak angkat masuk tray. Menangis aku tengok. Mesti sakit tuh. Aku angkat dia dengan lap badan dia lepas habis berak.

Hopeless aku tengok dia.

Tadi nak pergi kerja pun aku rasa berat hati.

Lepas tuh bila aku google pasal kucing kencing tak lawas nie. Woooo terus buat aku gundah gulana.

Kalau arini dia takde tanda-tanda nak baik, esok aku bawak pergi jumpa vet lain.

Masalah besar sekarang time. Mostly vet dekat sini tutup pukul 5 dengan 6. Mana sempat weiiiiii. Memang rushing here and there huhu

Jadi esok keluar time lunch sebab jumaat rehat 2jam. Rasa sempat. Jangan klinik tutup sudah.

Dear smelly,

Please get well soon.


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu ratus lima puluh: tetel

Seumur hidup aku, tak pernah aku cuba masak tetel. Tahu makan aje. Jadi semalam aku cuba masak asam.pedas tetel.

Dan semalam jugak asam pedas tuh asam pedas paling complicated yang pernah aku buat. Sebab selalu bahan asam pedas aku cuma bawang, cili, asam jawa dengan ikan. Tuh jer.

Semalam masak guna jintan lah, daun kesum lah. Cuma tak letak kerisik je sebab kurang yakin. Al-maklumlah resipi pun google aje hihi

Tetel nie sedap. Tapi aku blur masa nak bersihkan. Yelah tetel nie lemak lembu, so memang semua lemak bagai lah.

Tapi sebelum masak tuh, kena rebus dulu sampai empuk. Kalau tak memang macam makan chewgum lah nanti, itupun kalau boleh chew hihi

Masak dia kejap aje. Patut boleh settle 15 minit jer.

Tips nak kasik sedap, kena rebus dulu tetel tuh dengan campur sikit air rebusan dengan air asam jawa.

Sekian dari perempuan yang googl image untuk tahu macammana rupa bentuk jintan manis, jintan putih dengan ketumbar hewhewhew


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu empat puluh sembilan: seperti penyu berenang-renang dalam lautan yang luas

Pertama

Oleh kerana dah hampir pasti aku tidak akan berhijrah ke mana-mana negeri untuk jangka masa yang lama, makanya minggu lepas dan beberapa minggu yang akan datang aku sibuk menghabiskan duit seperti orang kaya yang banyak senang hati.

Aku penuhkan perkakas-perkakas rumah.

Niat dihati nak cat rumah tapi tak mampu rasanya aku nak cat sorang.

Masa mula-mula pindah cat bilik dengan dapur sorang-sorang pun dah buat aku pengsan dua hari hihi

Takpe sikit-sikit.

Sekarang ikut nafsu tamak nak rembat unifi dengan lcd tivi. Dah aku kata nak berbelanja macam orang kaya yang senang hati. Lepas raya makan hati hahaha

Kedua

Oh my dear friends, aku bahagia tengok korang bahagia dengan life masing-masing. Really I do. Because I'm the one that see you cried every night and listened to all your heart broken stories.

Jadi bila Allah dah kurniakan bahagia untuk korang, I'm happy for you guys. At least I can see your smile again.

Tapi, tak payah lah pulak nak comparekan pulak my life with your life.

It doesn't mean what is the best for you is the best for me. Just stop comparing it. Really.

Enjoy your moment. It is yours not mine.

Ketiga

Orang kita gila kerja. Lagi lama kau kerja lagi cerah peluang kau untuk naik pangkat. Sebab orang yang sebegini adalah orang yang paling rajin dalam dunia.

Aku?

Malas. Nak balik pukul enam pun aku dah resah gelisah. Kawan cakap aku tak ikhlas dah buat kerja.

Betul.

Yang ada cuma rasa tanggungjawab dan amanah. Must complete my work on time. Cukup bulan dapat gaji beli sushi (eh?)

But I don't enjoy in what I do anymore.

Keempat

Having a pet is like having a lifetime attachment. Tak senang okay. Sama macam having a baby in your life. Cubalah bela sekor tengok meroyan tak meroyan kau dekat rumah.

And I do love animals. Especially haiwan berbulu macam polar bear. Tapi jangan samakan haiwan berbulu dengan manusia berbulu. Tak sama.

So if you think my life kinda pathetic because I spend more time with my pets than you, well let me tell you something, YES IT IS. But do I really care of what you are saying? Not really. Because I really don't give a crap. (teringat chilli crab)

Eh bela tikus dengan lipas pun kira bela haiwan jugak.

Kelima

Malam tadi aku mimpi Faizura pelakon tuh ada kembar. Kembar dia bunuh Faizura sebab cemburu semua orang sayang Faizura lebih dari dia. Unknown kembar tuh bunuh dengan tanam Faizura dekat belakang hostel aku (aku mimpi aku student masa tuh).

So hantu Faizura haunted me. Asyik kacau aku.

Dalam mimpi tuh aku berjaya buktikan yang kembar Faizura adalah dalang dan hantu Faizura asyik kacau aku sebab nak bagitau mayat dia ada dekat belakang hostel.

Phewww ridikilus punya mimpi.

Nie gara-gara aku baca tabloid lah semalam.

Tapi aku suka Faizura. Dia gedik yang cantik. Tak macam Neelofa. Harap tetek je besar.

Keenam

Dah berhari-hari aku cari ubi kayu tapi tak jumpa. Lepas tuh arini officemate bawak ubi rebus dengan sambal bilis. Argghhh I want ubi kayu. Kalau tak sia-sia aku beli periuk besar sebab nak masak ubi rebus.

Ketujuh

Selamat siang wahai manusia anarki
Selamat beradu wahai manusia elitis
Selamat sujud wahai manusia dogma
Selamat hidup wahai manusia solidariti
Selamat hinggap wahai manusia lenin
Dan selamat bermain wahai manusia jembel.


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu ratus empat puluh lapan: smelly

Meet Smelly.

Atau nama melayu dia; Busuk.

Nama diberi oleh tuan lelaki yang sama-sama kipnap smelly dekat rnr ayer keroh.

Aku jatuh cinta pandang pertama dengan smelly. Masa tuh dia baik aje tidur atas kerusi. Aku usap-usap. Manja.

Tuan lelaki sudah mengutarakan supaya aku bawak balik tapi ragu-ragu since smelly nie kucing betina. I want kucing jantan.

Tapi dah jodoh, masa nak balik tuh aku sauk terus dia masuk kereta.

Dalam keretalah si tuan lelaki memandai bagi nama smelly. Aku ikutkan aje.

Nasib masa tuh she behaved. Yelah berjam kot dari ayer keroh nak ke pasir gudang. Masa on the way telefon kawan minta belikan pasir. Nasib dia sporting hihi

Sampai rumah, kasik makan. Smelly makan lahap. Lapar agaknya.

When I took her, she had a flu. So bawak dia pergi jumpa vet. Ingatkan nak vaksin sekali tapi vet cakap tak boleh, kena tunggu dia baik.

Sekarang smelly dah sihat sikit. Ada sikit flu tapi much more better dari hari pertama aku kipnap dia. Paksa makan ubat hari-hari.

Cuma smelly still tak pandai nak makan kibbles. Dah tuh kibbles mahal takmo makan. Tapi aku campur-campur dengan friskies.

Selang-seli jugak dengan wet food since itu yang smelly suka. Habis sepeket dalam masa  5 minit. Aku kena catu sikit sebab wet food mahal dan tahi dia berbau sikit.

Smelly nie walaupun dia kucing jalanan, dia pembersih sikit.

Aku tak payah ajar berak atas pasir, dia terus pergi berak situ terus. Lepas tuh takmo berak kalau ada tahi dalam tuh. Bising suruh aku pergi bersihkan baru nak berak. Dan dia obses dengan kecantikan. Jilat bulu habis-habisan sampai celah-celah kaki pun dia belek.

Smelly is my new sweetheart. I heart her.


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu ratus empat puluh tujuh: kaki

Aku suka tangkap gambar kaki so apa ada hal?


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu ratus empat puluh enam: keliru

Kita disuruh buat pilihan dan semestinya disuruh membuat pilihan yang baik dan bagus.

Tapi baik dan bagus itu untuk siapa? Untuk kita atau untuk manusia lain?

Dan macammana kita hendak tahu pilihan yang kita buat itu adalah pilihan yang baik?

Adakah apabila disuruh dan diberitahu itu yang terbaik, maka itulah yang terbaik?

Sampai bila harus disuruh?

Dan apabila kita membuat pilihan yang salah, adakah betul itu pilihan yang salah? Adakah kita harus menyalahkan diri sendiri sebab membuat pilihan yang salah?

Bagaimana pula jika kita fikir yang pilihan yang kita buat itu sebenarnya bagus tapi hakikatnya tidak mendatangkan faedah langsung pada sesiapa termasuk diri sendiri.

Jadinya macammana kita hendak tahu pilihan yang kita buat itu baik atau tidak?

Dan pilihan yang kita buat itu untuk siapa sebenarnya?


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu ratus empat puluh lima: bucket lists

Ada beberapa yang aku nak buat sebelum capai umur 30 tahun. Itupun kalau hidup lah.

Sebab lepas 30 aku nak buat benda lain pulak

1. Diving. At least 3 islands dalam Malaysia nie kena pergi. Perhentian, Mantanani dan Tioman.

2. Sewing class. Capaikan hajat jahit baju kurung sendiri.

3. Piano class. Belajar main piano sampai boleh beli keyboard yang 88 keys punya dengan penuh riak.

4. Having a solo trip to oversea. Japan or Korea. Masih mengumpul budget yang tak pernah cukup. Pheww

5. Buat trip naik train. Makan, berak, kencing, tidur dalam train. Tak kisah pergi mana, solo or with friends.

6. Bungee jumping, sky diving dan masuk rumah hantu.

7. Punya seorang suami hahaha

So let us see whether I can achieve at least half of the list.

*tepuk bahu sendiri*


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu ratus empat puluh empat: listen

You.

Never listened.

Not even once.

And never apologized.

Not even once.

All you do is keep defending yourself. Keep arguing with me. Give me  the logical answers according to your world.

And as usual, it will be me who took all the blame.

Always.

I don't need any of your explaination.

I really don't.

I just need you to LISTEN.

Put aside you ego characteristic and for once listen to me.

Oh please stop talking about your ex-girlfriends. I know you had a great love story with them.

Yes, they made you a happy man once. And yes, they gave you wonderful memories to be cherished with.

I'm just sick and tired you keep bragging about them all the time.

Don't you know that it made me look so pathetic.

Maybe I'm not perfect enough to be on your side.

Or maybe I'm just not good enough to understand you and your world.

I think I need to take a step back. I can't do this. Not like this. I don't need this.

I'm sorry.


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu ratus empat puluh tiga: help is needed

I really need to talk with someone tapi siapa?

Kawan masing-masing bizi dengan hidup masing-masing. Kekasih pun sama. Kalau cakap asyik kena gelak. Aku betul-betul tertekan.

3 hari dekat Cairo aku tak enjoy langsung. Aku cuma ikutkan aturcara sahaja.

Really.

Aku rasa kosong yang amat.

Aku tak tahulah macammana nak survive lagi sepuluh hari nie. Macammana dugaan dekat Madinah dengan Mekah nanti.

Ya Allah.

I cannot make a connection with my own mother. We both behave like a stranger.

Betapa aku cemburu bila tengok orang lain yang datang dengan family masing-masing and they seem happy.

Aku rasa asing, kosong dengan mama. Kitorang buat hal sendiri. I talk more with a stranger than my own mother.

Bila dia pegang aku nak ambil gambar sama or nak lintas jalan, I feel numb. Aku cuma tegak, kaku gitu je.

Aku feel bad. And I'm trying to improve our relationship tapi macam ada blok batu besar dalam hati nie.

Aku rasa teruk sangat.

Mama sakit pun aku tak rasa apa-apa langsung. Sedih tak simpati tak kesian tak sayang apatah lagi.

When people asking me whether I love my mom or not I cannot answer sebab aku betul-betul tak ada apa-apa perasaan langsung.

Ya Allah, teruknya aku. Mati tak bau syurga nanti aku.

Sebab tuh aku betul-betul tertekan. Macammana nanti aku nak sujud depan Allah dekat rumah Dia nanti.

Dekat sini aku rasa sunyi sangat. Terlalu sunyi sampaikan aku dah tak rasa apa-apa dengan sesiapa pun. Macam botol kosong yang dah berlubang. Isi banyak mana pun tak akan penuh.


Published with Blogger-droid v2.0.4