anti-social

Orang kata aku anti-social. Bos pun kata aku anti-social. Aku pun kata aku anti-social.

Anti-social.

Please define what is anti-social.

Aku jarang meletakkan diri aku sebagai 'front-man' dalam apa jua hal. Malas. Kalau dulu mungkin ya. Tapi bila dah tua nie jadi malas. Atau dengan kata mudah aku dah terlalu selesa dengan apa yang aku ada.

Yup. That's the word. Selesa.

Aku selesa dengan keadaan aku sekarang. Jadi pemerhati.

Kalau kat tempat kerja aku lebih selesa berurusan dengan orang-orang cuma perihal kerja. Jarang nak ajak lunch sekali atau lepak sekali lepas waktu kerja. Malas. Aku perlukan masa untuk diri sendiri. Kerja is kerja. Produktif aku cuma perihal kerja. Melencong bab lain, aku cabut lari.

Manusia nie ada bermacam-macam topeng. Depan kita; puji. Belakang kita; maki. Depan kata cinta. Belakang main cinta.

Jadi buat apa aku nak sesak-sesakkan fikiran aku untuk benda-benda yang negative macam tuh. Aku tak perlukan semua itu. Tak perlu dan tak mahu.

Kadang-kadang aku rasa aku lebih arif bahasa kucing dari bahasa manusia. Sekurang-kurangnya kalau dia marah dekat aku, aku cuma kena cakar je. Nampak kesan, letak minyak gamat, 3 4 hari hilanglah. Kalau kena cakar dengan manusia? Luka dalam yang belum tentu sembuh walaupun dah bertahun.

Biarlah. Janji aku aman sentosa.

Cuma satu perkara yang selalu aku fikir, kalaulah aku mati nanti ada tak yang mahu ambil tahu? Ke nanti bila mayat dah membusuk dalam rumah baru ada yang perasaan? Itu yang selalu aku fikir. Mati.

pertikaian

Aku kan bengkek betul bila orang selalu mempertikaikan hidup orang lain. Aku nie punyalah struggle nak tanamkan dalam fikiran supaya berpuas hati dengan hidup sendiri tanpa perlu membanding-bandingkan dengan orang lain tapi orang lain selamba ceroboh masuk kawasan aku.

Benda yang paling kerap orang cakap dengan aku ialah 'alah kau kan bujang, benda apa yang kau sibuk sangat tuh. Bukannya ada laki dengan anak yang kau nak layan. Tanggung diri pun sorang. Apa yang susah sangat?'

Dan benda pertama yang ada dalam fikiran aku masa tuh ialah nak curah cili giling dalam mulut orang tuh.

Just because I'm single, unmarried, child-less, doesn't mean I don't have any obligations. Apa kau fikir aku duduk mengangkang aje ke dekat rumah? Untunglah kalau macamtue. Mungkin yang senangnya ialah aku tak perlu minta izin suami untuk ke sana ke mari tapi tak bermakna aku bebas sepenuhnya.

Kalau dah tau berkahwin itu bermakna tanggungjawab bertambah, masa untuk diri sendiri itu sedikit sebanyak hilang kenapa kau kahwin? Sebab nak kongkek aje ke? Kalau kau dah tak suka dengan hidup kau, yang nak suruh orang lain tak suka juga dengan hidup dia kenapa?

Kau kata hidup orang bujang nie simple, tak susah pun so aku pun nak cakap apa yang susah sangatnya kahwin nie. Kasik makan, kasik seks haa cukup lah. Susah sangat ke?

This is me getting angry. And I don't even like it.

penjelasan

Ramai yang tak faham dan perlu diberikan penjelasan.

Penjelasan yang telus. Bukan penjelasan yang hanya mahu menutup salah sendiri dan menuding jari menyalahkan orang lain.

Makin berdolak dalih makin ramai yang buat konklusi sendiri. Maka wujudlah perbalahan yang tak ada penghujungnya. Sedangkan untuk menjadi kuat kita perlu bersatu-padu.

hutang

Menjadi kaya dan menjadi senang itu dua perkara yang berbeza. Beza banyak.

Tapi ramai antara kita sekarang lebih memilih untuk menjadi senang. Senang.

Menjadi kaya bermakna kita mempunyai banyak duit, banyak harta dan hasilnya kita mampu bersenang-lenang tanpa berhutang. Tapi sebelum menjadi kaya, kita perlu usaha kuat supaya usaha kita membuahkan hasil, dan barulah kita boleh bersenang-lenang kemudian hari.
Tapi ada antara kita yang bertuah dilahirkan didalam keluarga yang cukup kaya jadi tidak perlu bersusah payah untuk menjadi kaya. Rezeki masing-masing.

Menjadi senang pula adalah seperti aku. Middle-class people. Tak mampu tapi digula-gulakan dengan perkataan pakai-dulu-bayar-kemudian. Akhirnya diri sendiri merana.

Kebanyakkan dari kita nie termasuklah aku, tak berapa mampu. Tapi tetap gigih nak hidup mengikut cara orang senang.

Beli rumah
--hutang

Beli kereta
--hutang

Sambung belajar
-hutang

Nak kahwin
--hutang

Nak beranak
--hutang

Nak peralatan canggih
--hutang

Sudahnya seluruh kehidupan kita, anak beranak sampai tujuh keturunan pun kerjanya membayar hutang. It is not fun okay bila kau pergi kerja tiap-tiap hari, siap ot sampai malam, sudahnya hujung bulan terima gaji sakan bayar hutang.

Ramai yang kata, takpelah itu semua untuk kesenangan hidup, masa depan keluarga. Tapi sebenarnya banyak benda dalam hidup ini yang kita tak perlukan tapi dek masyarakat sekeliling mengejar benda tuh kita pun jadi terpengaruh.

Payah.

Payah nak hidup sederhana bila segala-galanya mahal. Segala-galanya perlukan wang ringgit. Nak kencing pun kena bayar 50sen hmmm

Aku sedih dengan hidup sendiri yang masih tersangkut dengan hitang puitang nie. Nak travel pun susah huhu

Tak pernah puas.

Orang fikir aku bujang takda tanggungjawab.
Orang fikir aku bujang tak payah fikir soal kehidupan.
Orang fikir aku bujang boleh hidup senang lenang.

Orang fikir apa yang dia mahu fikir.

Tak orang taktau apa yang ada disebalik kehidupan aku dan kehidupan sesiapa sahaja sebab orang tak nampak.

Jadi dorang selalu fikir, alahai apa yang kau buat hari-hari haa? Bizi sangat ke? Kau bukan ada laki, ada anak nak kena uruskan pun.

Rasa nak tempeleng berkali-kali manusia yang suka cakap gini dengan aku.

I do have a life walaupun aku tak kawin, tak ada suami, tak ada anak.

Walaupun orang selalu pandang enteng dengan aku, but I do take my life seriously. Lagipun buat apa aku nak tunjukkan dekat semua orang. Life aku biar aku saja yang tahu.

Orang pun selalu gelak bila aku cakap aku bizi uruskan kucing-kucing aku. Korang ingat senang ke nak uruskan kucing nie wei? Setakat bagi makan minum lepastu boleh dah lepas tangan? Sapa nak uruskan berak kencing dia? Nak entertain semua? They do have feeling tau. Semua binantang dan alam sekitar yang bernyawa ada perasaan. Kita je selalu ambil mudah.

Malas aku nak bercakap banyak dengan manusia tak memahami. Memang mudah nak judge orang, tapi amat sukar nak judge diri sendiri.

Enuf.

Orang fikir aku bujang takda tanggungjawab.
Orang fikir aku bujang tak payah fikir soal kehidupan.
Orang fikir aku bujang boleh hidup senang lenang.

Orang fikir apa yang dia mahu fikir.

Tak orang taktau apa yang ada disebalik kehidupan aku dan kehidupan sesiapa sahaja sebab orang tak nampak.

Jadi dorang selalu fikir, alahai apa yang kau buat hari-hari haa? Bizi sangat ke? Kau bukan ada laki, ada anak nak kena uruskan pun.

Rasa nak tempeleng berkali-kali manusia yang suka cakap gini dengan aku.

I do have a life walaupun aku tak kawin, tak ada suami, tak ada anak.

Walaupun orang selalu pandang enteng dengan aku, but I do take my life seriously. Lagipun buat apa aku nak tunjukkan dekat semua orang. Life aku biar aku saja yang tahu.

Orang pun selalu gelak bila aku cakap aku bizi uruskan kucing-kucing aku. Korang ingat senang ke nak uruskan kucing nie wei? Setakat bagi makan minum lepastu boleh dah lepas tangan? Sapa nak uruskan berak kencing dia? Nak entertain semua? They do have feeling tau. Semua binantang dan alam sekitar yang bernyawa ada perasaan. Kita je selalu ambil mudah.

Malas aku nak bercakap banyak dengan manusia tak memahami. Memang mudah nak judge orang, tapi amat sukar nak judge diri sendiri.

Enuf.

boros

Tahun ini tahun aku kena kerja kuat-kuat untuk masa depan tapi baru awal tahun tapi sudah sesak dengan kehidupan. Mana taknya, terlalu banyak kehendak hati nurani yang mahu ditunaikan. Tiap-tiap bulan berjanji yang bulan itu adalah bulan terakhir berbelanja sesuka hati tetapi semuanya ke gaung.
Tiap-tiap bulan mesti tak cukup duit. Padahal aku hidup sendiri kot. Aku cuma tanggung diri sendiri aje. Tapi tetap tak cukup. Nampak tak betapa borosnya aku.

Orang kata hidup di kuala lumpur ini serba serbinya mahal. Betul. Aku tak tipu. Dan aku juga tak tipu bila kebanyakan orang yang hidup di bandar ini berbelanja semata-mata untuk puaskan nafsu manusia lain.

Yelah, orang beli baju baru, kita pun berlawan nak beli jugak. Nak pulak beli yang berjenama. Orang beli gadjet baru, dia pun terikut nak beli gadjet baru. Apa barang zaman sekarang pakai henfon ringtone polytone. Beli henfon canggih pun, cuma reti guna untuk jadi stalker dekat facebook je *facepalm*

Orang lain nak beli kereta besar, dia pun ikut sama nak beli kereta besar. Orang lain pasang kitchen cabinet by ikea, dia pun nak jugak.

You see, hidup di bandar ini, masing-masing berlawan-lawan nak hidup. Orang cakap kekonon nak upgrade-kan taraf hidup. Kalau mampu takpe, kalau tak mampu, buat aje cara tak mampu. Tak letih ke terkejar-kejar mengejar kebendaan nie? Tak penat hari-hari nak kena kerja kuat, siap buat part-time semata nak penuhi tuntutan nafsu? Kalau tak penat maka aku ucapkan tahniah!

Tahun nie aku kena banyak menyimpan. Aku nak travel. Aku nak tengok dunia. Aku bosan tengok dunia melalui internet aje. Aku nak jugak rasa macammana sejuknya musim salji walaupun aku tak berapa gemar sangat cuaca sejuk. Aku nak tengok nemo dekat mabul takpun krabi takpun jumpa alex dekat madagascar. Aku nak pergi bandar aladin.

Aku tak mahu kerja semata-mata bayar hutang aje. Aku nak kerja supaya aku dapat pergi mana aku nak pegi. Aku pun takmo kerja makan gaji sentiasa. Memang best pergi kerja 9-6, akhir bulan dapat gaji, bayar hutang dan duit yang tinggal sedikit itu buat pergi berjoli. Eh berapa ciput sangat lah wei yang tinggal T_T

Aku ada impian. Aku nak bukak satu kedai jual buku. Separuh laman, aku buat jual buku, separuh laman lagi aku buat jual dessert. Lepas tuh, ada space sikit, buat orang nyanyi-nyanyi ke, baca puisi ke takpun buat tayangan filem. Situlah tempat aku kerja dan situlah jugak tempat aku buat anak (itupun kalau ada sparring partner ler hahaha).

Semoga dipermudah suatu hari nanti.