satu ratus empat belas: childhood
1. Sundal Bolong
Aku tak boleh tengok muka Suzana tuh. Asal tengok aje, mesti terbawa-bawa dalam tidur. Lepas tuh mulalah mengigau. Dan aku tak suka makan sate sebab dia. Dan aku jugak tak mahu naik beca sebab dia. Sudahlah masa zaman aku tuh cerita Sundal Bolong dengan Misteri Mat Lampir berleluasa. Memang lemah semangat aku time tuh.
Oh ada lagi satu cerita hantu yang Noorkumalasari berlakon jadi pontianak (kejap aku google). Ok. Tajuk Misteri Rumah Tua. Muka dia lebih kurang dengan Suzana.
2. Badut
Aku takut badut gara-gara tengok cerita IT. Dan aku benci lipas sebab cerita nie lah. Terima kasih pada tuan direktor yang buat aku fobia badut sampai sekarang! Aku tak boleh tengok muka badut tuh. Ter-imagine gigi tajam Pennywise tuh dan aku akan berimaginasi yang badut senyum-senyum comel tuh culik aku, bawak masuk gua, kasik spider besar makan. Oh tiba-tiba teringat satu adegan yang kepala salah seorang pelakon kena potong lepas tuh jumpa dalam peti sejuk. Seriau aku tiap kali nak bukak pintu peti sejuk. Dan ar rumah lama nenek aku tuh peti sejuk sebesar-besar alam, boleh sumbat mak budak dalam tuh.
3. Ikan Jaws
Pernah sekali mama bawak pergi jalan-jalan dekat Langkawi. Masuklah Underworld, eksited aku tengok ikan kecik, ikan besau. Siap main-main dengan tapak sulaiman, belangkas semualah. Balik Langkawi, nenek cerita aku mengigau sampai nangis-nangis, terus tak pergi sekolah sebab demam panas. Aku rasa aku mimpi kena baham dengan ikan jaws kot. Terus nenek dengan arwah atuk ban aku dari masuk tempat-tempat gitu.
4. Mona Fendy
Aku tengah layan trailer filem melayu dekat YouTube. Terjumpa leaked scene dari filem Dukun. 8 minit. Teringat dulu asyik tengok kes dia dekat tivi. Aku selalu ada rasa goosebumps bila tengok muka dia. Lelagi masa dia senyum. I guess everyone does. Pernah gak terbawa-bawa dalam mimpi. And you know the rest of the story.
Oh, masa kecik-kecik jugak, nenek pernah cakap yang aku suka sangat bangun tengah malam buat benda-benda yang tak berfaedah.
Misalnya bangun tengah malam, ambil tuala dan bersiap-siap hendak pergi sekolah. Hari itu hari ahad.
Paling kerap nenek cakap aku suka bangun tengah malam, panjat kerusi buka pintu rumah (obviously, aku ketot kot time tuh), lepas tuh tunggu apetah tepi titi rumah or aku berjalan pergi rumah pakcik aku seberang jalan tuh aje. Semuanya aku tak sedar. Nenek yang selalu cerita sebab dia kata aku nie kecik-kecik menyusahkan aje hihi
Tahap kerajinan aku bangun malam nie sangat membimbangkan orang lain terutamanya arwah atuk, sampai dia tidur hari-hari depan pintu. Haaa itu aku ingat. Asal malam aje aku nampak dia tarik kerusi malas dia yang penuh daki-daki dia tapi aku suka main kat kerusi tuh and I'm the only person yang boleh pegang kerusi tuh even nenek aku pun tak berani ye, then tidur dekat pintu.
Tapi aku nie tengah tidur pun cerdik jugak. Since rumah tuh ada 4 pintu untuk keluar masuk, aku keluar ar pintu yang lain. Sampailah 2 pintu terpaksa dikunci dengan mangga dengan sendal guna perabot. Pintu dapur, nenek aku punya kawasan, so dialah jaga bila malam.
Punyalah mencabar nak jaga cucu yang super nakal dan a bit kurang ajar dengan nenek aku masa kecik, since she was so fierce back then, macam harimau. Banyak kali aku kena lempang dengan dia.
Tapi macammana jalu nie boleh hilang aku pun tak tahu. Nenek pernah cerita, cuma aku lupalah kronologi dia macammana. Nanti balik kampung aku tanya lagi.
Itulah kisah saya masa kecik. Sekian!
satu ratus tiga belas: x-files
We never bother investigate whether it is rumours or facts because time is very crucial. We don't want to be the last person on earth who got the big apple.
We just believe what we want to believe. We see what we want to see even it is not the truth.
Kalau tak, masakan rancangan Melodi boleh tahan sampai 24tahun?
Kalau kita boleh berhabis masa berjam-jam dekat internet untuk carik bahan bacaan, why can we have time to clarify benda yang kita baca itu betul atau tidak?
Adakah kita nie rakyat yang tak suka membaca?
Ohh wait!
Rakyat Malaysia sebenarnya suka membaca; suka membaca tajuk atau bahasa omputihnya headline sahaja. Tak percaya? Tanya Harian Metro.
Lepas tuh tengok isi, hampeh. Tapi ada jugak kalangan kita yang lepas baca tajuk, without even took a glance on the first paragraph, sudah mula buat spekulasi yang bukan-bukan.
Aku tahu, tajuk yang menarik bakal menarik minat para pembaca. Satu 'hook' untuk orang beli/baca/tengok apa yang kita nak sampaikan.
Kaedah nie dah diguna-pakai sejak dulu lagi.
Pernah tangok orang jual ubat tepi jalan?
Dulu banyak, sekarang aku tengok dah kurang.
Aku suka tengok. Sebab kelakar. Cuba perhatikan macammana orang tuh berniaga? Cara cakap, gerak tubuh badan. People will do anything for a penny.
Aku rasa orang tuh kalau jadi politician mesti hebak. Since dia boleh yakinkan ramai orang untuk beli ubat dia dengan bermodalkan air liur. Keberkesanan ubat dia? Below par.
Tapi kenapa walaupun kita tahu fakta yang ubat-ubat tepi jalan nie tak selamat, ramai juga yang membeli. Ada aku tengok berbotol-botol, terutama ubat kuat. Tua, muda semua ada.
Sebab aku percaya, kita percaya apa yang kita mahu percaya. Dan orang jual ubat tadi sangat hebak sebab dia percaya yang dia boleh berjaya buat orang percaya yang ubat dia is the best medicine in the world.
Sama halnya dengan sebaran maklumat.
Sekarang nie paling senang nak pancing orang untuk sebarkan maklumat terutamanya dikalangan muslim dengan ayat macam:-
'Kalau korang sayangkan Allah/Muhammad/Islam, sebarkan ayat/artikel/gambar ini'
'Kalau ada masa forward benda2 hiburan takkan tak mau forwardkan ilmu ini'
'Sampaikan dariku walaupun satu ayat'
Lepas tuh mulalah lambakan ayat/artikel/gambar yang di-share-kan dengan tujuan sayangkan Islam.
Ok.
Kalau kisah-kisah nabi ka? tafsiran Al-Quran ka? ayat seribu dinar ka? aku boleh terima lagi since aku pun suka baca benda-benda gitu.
Kita sendiri tahu, salah sebar boleh timbulkan fitnah. Alang-alang dah baca tuh, tak boleh ke google pasal perkara tuh because I believe most of them are hoax.
'Budak nie patut dibunuh sebab menghina Islam'
Aku tetap rasa profile budak-budak yang dikatakan menghina Islam tuh hoax. Kalau orang boleh buat profile yang pasal Hang Tuah-Mahsuri, Tunku Abdul Rahman-Merdeka, Saloma-P.Ramlee tuh semua ingat orang tak boleh buat profile palsu berkenaan ini?
Pernah kita siasat, dari mana wujud profile tuh semua? Aku pernah cari account-account tuh tapi hasil takda. Atau erti kata lain, tak wujud langsung profile tuh.
'Dibakar kerana menghina Islam'
Pasal kartunis yang menghina Nabi Muhammad. Pernah google image Kurt Westergaard. Gosh kalaupun malas nak carik isu pasal dia, tengoklah dulu rupa orangnya macam mana. Lepas tuh compare sama ke tak dengan gambar dalam artikel yang kau baca.
This turbulence is created to spread hate among us.
Dan sememangnya masyarakat kita nie mudah melatah, pantang kena jentik sikit angin semacam. banyak makan cili agaknya.
Kenapa orang tak nampak semua tuh?
Sedangkan mereka nie terdiri orang yang bijak-pandai. Bagi aku if you know how to use the internet, anda adalah seorang yang cerdik it cuma cerdik tuh perlu diasah lebih lagi supaya jadi manusia yang berilmu.
Tapi itulah bila ditegur, degil tak mahu dengar. Dicop bodoh sombong, marah pulak.
And yes, there are people who will take advantages by creating these chaotic.
Macam virus dekat internet.
Ingat virus-virus dekat internet tuh tiba-tiba boleh ada? Tiba-tiba ada hacker yang sebarkan virus untuk suka-suka? Tiba-tiba Jackie Chan jadi model Kaspersky(eh?)
Macam penyakit-penyakit pelik ada wujud sekarang, H1N1 misalnya.
Tiba-tiba ada penyakit yang berkaitan dengan burung pulak padahal burung tuh dah wujud lama. Ok. nak salahkan our polluted environment? Then think this, untuk hasilkan vaksin/penawar setiap penyakit baru it tooks years of research, not to mention, kena tested on animal and human trial. Tapi penawar H1N1? Google and find berapa time-frame dorang dari start penyakit tuh timbul sampai announcement cakap they have found a cure-vaksin.
Macam cycle berita pasal hal pecah rumah lepas tuh kereta hilang lepas tuh pasal lapisan ozon sedang menipis. This cycle will continue over and over again. Why? To create awareness among us? Supaya kita berhati-hati dan sayangkan bumi kita? Tapi kenapa sekejap-sekejap aje? Sedangkan kita tahu setiap hari ada kes pecah rumah, setiap hari ada kes curi kereta dan setiap hari kilang-kilang akan keluarkan asap busuk hitam.
Semua nie ada kepentingan untuk diri masing-masing.
Siapa diri masing-masing tuh?
Haa ini kau fikir sendiri. Jangan malas, cuba sekali sekala latih otak tuh untuk berfikir. Insyaallah, you will find the answer.
Wallahhualam.
satu ratus dua belas: usaha, doa, tawakkal
Hati membuak-buak nak tukar kerja.
Resume dah update. Target 2012 ialah carik kerja baru wuhuuu
Tempat, nak cari area Sabah. Kota Kinabalu ke Bintulu ke
Walaupun ada kawan cakap Bintulu tuh macam pekan koboi, aku takda hal.
If I can survived duduk dekat Tronoh for 3.5 years, takda hal lah duduk mana-mana.
But tak banyak job vacancies dekat Sabah sekarang nie. Banyak dekat Miri. Boleh try apply nie.
Kawan, esok kita buddy talk ye pasal nie :)

Jauh disudut hati, aku betul-betul mengharapkan kebahagian. Diberi peluang rasa gembira dan aman. Harap dipermudahkan. Amin.
satu ratus sebelas: round two
Aku malu nak mengadu.
But somehow things get too personal.
Ada jugak aku cuba nak luah dekat kawan terdekat but eventually sebaliknya yang berlaku.
Aku jarang bercerita problem dengan siapa-siapa termasuk dengan parent. Aku bukan jenis yang sikit-sikit nak cerita sana-sini. Aku simpan semuanya sendiri. Kalau aku nak bercerita tuh maknanya aku betul-betul dah tak boleh tahan. Dah nak meletup. Or I really need a second opinion.
Tapi itulah, semua orang akan rasa yang masalah dia lebih besar dari orang lain. Semua orang tetap akan rasa masalah dia lebih penting dari orang lain. Setiap kali aku cuba cerita, belum habis aku cerita, alih-alih mesti aku yang kena dengar balik masalah dia.
Masalah aku?
Ke laut.
EACH TIME.Mesti macam tuh.
So, baik aku diam.
I can be a really good listener. But in term of advising aku fail. Hence don't ask any advise from me.
Tapi aku nak jugak dapat layanan yang sama. For once, tak boleh ke dengar problem aku without even talk about yours?
Do I being too selfish?
Haish
When I can't talk with anybody, I write. That's the only way that I can reduce my stress. Sebab tuh lama-lama this blog became too personal for me. And I don't expect people to read and understand. Really, I don't.
Aku tulis apa yang aku tak boleh cakap dengan orang-orang terdekat aku. Because they don't listen. They just don't listen. Yelah masalah dorang kan kronik dari aku.
Most of the times, I'm just babbling. Cerita semua nak sedih aje. Yelah, bila aku happy, it is reflect on my attitude. Aku senyum, gelak-gelak, hyper semacam. Tapi kalau aku sedih pun macam tuh jugak.
Kata badut.
Lagipun manusia mana suka tengok benda-benda sedih. Bila aku masam sikit, cakap aku emo. Bila aku menangis, cakap aku mengada-ngada. Padahal mengeluarkan airmata tuh semacam pergi terapi. Rasa lega sangat-sangat.
Aku lebih suka tulis dekat sini dari tempat lain sebab aku taknak orang baca. Or aku takmau tulis semata-mata untuk dapat 'like'. I just write to ease my mind.
Also, taking photos.
Aku suka ambil gambar. Meaningless photo.
Gambar aku takda seninya, takda valuenya, takda hebat manapun untuk ditayangkan pada semua orang.
But for me, dia sangat personal. Sebab tuh aku tak suka share gambar aku dekat tempat ramai orang. Aku tak suka orang kritik gambar aku sebab aku langsung takda niat nak jadikan dia hebat. I just want to share the moment. Itu aje. This is why aku langsung takda usaha nak majukan diri aku dalam photography. Because I just want to capture the moment, not to sell it to the world.
Bila aku tekan aje shutter, aku rasa all my problems hilang. So bayangkan kalau aku tekan shutter tuh beribu kali. Sangat therapeutic :)
But the problem with taking digital photo is, it stayed in your hard drive. Mati dekat situ aje. Dan one thing bila aku guna bulky camera nie, ada satu unsur dalam diri nie menyuruh edit gambar. Bapak pemalas aku nak edit. Aku suka raw photos. Biarlah buruk sekalipun gambar tuh, still dia sangat value untuk aku. Tapi itulah bila guna digital camera and you have zero skills in editing, bila time ko share gambar, orang akan cakap 'guna kamera mahal tapi tak reti edit, hancus'
Sedih.
Tapi takpalah. Aku buat semua tuh bukan untuk gembirakan hati setiap manusia yang ada di muka bumi nie pun. I just want to make myself happy. Itu aje.
I just want to be happy :)
satu ratus sepuluh: jemu
Bergaduh, tarik rambut, perang mulut, rosakkan diri sendiri semata untuk cinta yang sedikit pun tak beri lubuk pahala untuk kau, untuk apa sebenarnya?
Memperjuangkan sesuatu kononnnya atas dasar cinta, untuk apa sebenarnya?
Sedikit pun dalam hati dia tak pernah ada niat untuk memperisterikan kau, tapi kau meroyan bagai nak gila.
Sehari dua boleh tahan. Kalau dah makan tahun?
Masih ditunggu-tunggu, ditagih kasihnya lagi walau sebentar tadi sudah mahu lupakan segalanya, dipertahankan pendirian dia dengan alasan dia tak boleh buat keputusan dan berfikir mana satu nak pilih, itu yang kau mahu?
Hai perempuan, lemah sungguh hatimu.
*tampar pipi sendiri*
I, once pernah jadi perempuan bodoh itu.
Melolong, meraung, merayu supaya diterima kembali. Tapi akhirnya cinta disampahkan.
Sebab itu aku marah.
Lagaknya sudah seperti manusia gila talak.
Mahalkan dirimu perempuan. Mahalkan dirimu perempuan. Mahalkan dirimu perempuan.
Aku sudah kehabisan nasihat. As you know, me too flunk in my own battle.
Kita perempuan, kuat mana besi waja yang kita guna, satu hari nanti cair melebur bila disapa cinta.
Kita kepingin rasa disayangi, rasa diperlukan, rasa bangga jadi kepunyaan seseorang, rasa dimahukan. Jadi sakit macammanapun yang diberikan, selagi nyawa tak tercabut dari badan, kita rempuh.
Yang penting, rasa sunyi dihati terisi.
If you feel it is worth it, then my friend, I rest my case.
Tapi perempuan, rasa cinta dan sayang itu sebenarnya bukan untuk dia, tapi untuk suami mu. Simpanlah sedikit untuk dia.
satu ratus sembilan: job
Dah bosan kat sini.
No development. Career path samar-samar.
Rutin hari-hari buat aku bosan. Takda langsung gunakan otak.
Technical knowledge aku semua dah ke laut. Takda daya nak majukan diri.
Mungkin sebab dah terlalu selesa duduk dekat kerusi yang pejabatnya ada air-cond, pegang mouse, klik sana-sini.
Kerja tak susah, senang. Susahnya bila perlu layan kerenah manusia yang pelbagai.
Semua mahu cepat. Kadang-kadang otak kena fikir pantas, jadi problem solver.
But, I desperately need a new job.
Target nak stay sini dalam 5 tahun. Since tengok kerja baru pun semua nak pengalaman over 5 years.
Tapi aku dah jemulah.
Rasa nak tukar kerja membuak-buak sampai aku nak apply kerja event management wei.
Hati rasa nak kerja dekat kepulauan borneo. Sabah ke Sarawak ke Brunei pun jadi. I dunno why? I just want to work there. Termasuk dalam wishlist sebelum mati.
Tapi nak apply guna kabel-mabel nie sungguh aku tak reti. Even nak guna khidmat kawan pun punyalah aku segan nak mati.
Sekarang baru jenguk-jenguk jobstreet. Aritu ada offer dekat Miri dengan KK. Dah apply tapi peluang untuk dapat tersangat lah nipis.
Like I said before, resume tak mantap, incompetant dan tak daftar dengan BEM?
Boleh? Dah kerja almost 3 tahun tapi langsung tak mendaftar.
Since my target sebenarnya nak jaga kambing dengan bukak halal food processing.
satu ratus lapan: .
I' m shutting down everything.
Family, friends, boyfriend, pets.
Everything.
Since you are not be here whenever I need you to be, then why should I stay?
Yes. I'm a selfish bitch. You made me this way. Or should I blame myself for letting this happen?
Ok. It is my fault.
So instead choosing any of you, I choose me.
Goodbye. Farewell.
satu ratus tujuh: mawar layu yang sudah tidak laku
Tapi itulah, penat macammana pun aku mengadu, selagi sabar masih ada, aku teguh.
Nanti-nanti bila sudah tidak sabar, takpa, hospital bahagia tampoi dekat aje.
Nasib badan.
Dari kecil terpaksa menagih kasih manusia lain.
Dengan ibu sendiri pun terpaksa berkongsi dengan orang lain, apatah lagi dengan orang lain.
Itulah, mungkin sudah nasib badan.
Berkongsi kasih.
Sunyi.
Dari sendiri baik beri peluang pada yang peduli. Yang peduli. Bukan ambil kesempatan. Aku sendiri tak tahu beza. Selagi hati masih sayang katanya.
Selagi masih sayang.
Yalah, hati kita itu bukan hak mutlak persendirian. Hak mutlak Allah sebenarnya. Selagi Dia tetapkan begitu, begitulah jadinya. Maka berdoalah kita mohon supaya Allah tetapkan hati itu untuk kita sahaja. Untuk kita sahaja.
Sekali lagi rasa tamak berleluasa.
Sedih.
Hiba.
Tapi siapa yang peduli?
Siapa yang mahu dengar? Siapa yang sudi dengar tanpa ada prejudis?
Manusia sekarang sibuk berkejaran untuk kebahagiaan material. Takpa jika hati terabai. Takpa, asalkan nafsu dalam diri berjaya ditunaikan.
Jadi siapa yang mahu dengar kisah mawar layu yang sudah tidak laku?
satu ratus enam: tumblr
Aku bukak balik tumblr baru.
Just random pictures. Taken by me, mostly.
Random.
Mari kita tengok how long it can lasts.
PictobyKD
satu ratus lima: be a good leader or be a good dictator?
All I ever wanted is a little appreaciation. Bukan dari segi material. Really. Just saying 'Thank you' or 'Good job' should be enough.
Tapi nampaknya anda terlalu ego.
Positive variance. That's all you ever care.
If this continue, I'm afraid, I might be leaving, like the others.
Why should I stay kalau tak dihargai?
Please.
Regards,
You worker.
satu ratus empat: 2nd new toy camera

Meet Mr Red Lobo-lobo Recesky (suka hati aku kasik nama). I bought this from Mozuko for RM50.
Lama dah aim tapi hold dulu. Sekali tengok online shop tuh jual kamera nie with half price terus rembat. Nie kali kedua beli toy camera with half price. Lucky me. Sekarang nak carik holga pulak ke diana f. Excited lebih pulak main kamera guna filem. Undescrible feeling hihi
Mula-mula nak beli yang dah siap assemble, RM60, tapi dah habis stock. Aku beli jugak a few films from them tapi kecewa sikit sebab filem solaris iso400 dah habis stock huhu tapi servis cepat dan pantas. Harga pun lagi murah compare to other store.

It took me 2 days to assemble this camera. Mencabar wooo mula-mula takda screwdriver kecik, pegi tesco beli. Masa tengah pasang kucing buat hal. Keluar rumah lepas tuh tak reti jalan pulang. Selalu sesat pegi rumah kosong dekat atas. Then one of the viewfinder patah kakinya. Biasalah tangan tak bedung.
Dah siap. Dah masukkan filem pun. And now aku blur camne nak amek gambar. Dahlah takdok counter, bila aku klik aku kena bajet sendiri tuk roll next frame. Betul-betul manual. Macam menyesal pun ada. Takpa, take your time to learn kd. Sebab tuh mula-mula guna filem murah hihi
Kita tengoklah nanti hasil dia macammana.