satu ratus empat puluh dua: recesky lagi



Kebanyakan gambar masa dekat Redang haritu. Ambil guna recesky kesayangan.

Memang sayanglah dengan kamera murah aku nie.

Tapi pelik sikit. Aku guna filem biasa je. Fujifilm iso200. Tapi bila cuci kebanyakan gambar jadi merah kemerahan. Tapi suka hihi

Walaupun kamera nie kamera kesayangan tapi lens die banyaj kali tercabut sebab aku letak dalam beg. Bila goyang lens dalam dia tercabut sokmo. Jadi ada calar-calar sikit dan efek dekat gambar tapi aku suka je. Barulah vintage haha

Jadi kita layan gambar ajelah yerk.







satu ratus empat puluh satu: again, i choose you remember?

Kau nak aku jadi se-sporting mana lagi?

Kau nak aku jadi apa lagi?

Kehendak kau, kesukaan kau tak pernah aku halang.

Nak keluar dengan siapa, mahu buat apa tak pernah aku halang. Cuma aku minta kau jaga diri sahaja. Dan beritahu aku.

I want to be a part of your life but you keep pushing me away. Far away.

Aku nie siapa? Perkara-perkara penting dalam hidup kau tak pernah kau mahu beritahu aku. Tolonglah jangan buat aku macam tunggul.
Sudahlah kau tak pernah mahu tanya khabar aku. Jauh sekali mahu mengambil berat. Acuh tak acuh sahaja. Kau tahu kau selalu biarkan aku sunyi. Dan kau tahu? Sunyi itu musuh utama perempuan.
Kau pernah cakap yang aku ini perempuan malang sebab kau tidak akan sekali rendahkan ego untuk hanya untuk memahami aku. Semua semata perempuan yang pernah tinggalkan kau.

Dan betul. Memang aku perempuan malang. Tidak pernah sekalipun kau rendahkan ego kau.

Tiap kali aku marah kau kata aku cuma buat perangai tapi tak pernah sekali kau ambil tahu yang aku cuma mahu diberi perhatian. Tapi sayang, itu cuma alasan untuk kau melarikan diri.

Kau tahu, aku cemburu dengan nini. Aku cemburu dengan ain. When you talk about them, you seem happy. Semacam kau gembira bila berborak perihal muzik. You seem happy.

Are you happy with me?

Hati aku hancur berkecai. Aku kutip satu satu aku beri dekat kau. Tapi kenapa kau tak cuba simpan elok-elok. Bersepai jadinya.

Kesianlah dekat aku. Aku cuma mahu dihargai sebagai seorang perempuan. Lama-lama begini aku boleh mati.

Kesianlah dekat aku.

Kalau kau sudah tidak mahu, pulangkan saja. Aku pergi jauh-jauh.

Terima kasihlah sebab bersabar dengan aku.

Tak apalah. Aku dah biasa. Biarlah aku bawa diri aku sendiri. Sendiri. Tak apa. Asalkan kau bahagia.

Terima kasih cinta.


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu ratus empat puluh satu: pemberitahuan

Kita semua diberitahu berulang-ulang kali betapa bahayanya rokok pada kehidupan kita. Tapi kita kurang diberitahu yang ibu segala kejahatan itu ialah arak.

Kita semua diberitahu betapa tidak berkatnya rezeki yang kita dapat jika tidak membayar zakat. Tapi kita tidak diberitahu kemana wang zakat itu pergi kerana masih ada orang yang hidup daif dan susah.

Kita semua kisah dan marah bila pemimpin kesayangan dikutuk dan dikeji. Tapi kita semua tidak kisah bila pemimpin kesayangan tidur atas tilam empuk tanpa kisahkan kita yang tidur atas tilam yang sudah haus springnya.

Kita semua kisah dan malu bila tidak reti berbahasa omputih dan merendah-rendahkan orang. Tapi kita semua tidak kisah bila makna Al-Fatihah pun mengagau nak tahu.

Kita semua kisah, mengkaji dan taksub dengan freemason dan illuminati. Tapi kita semua ingat ingat lupa cerita para anbiya dan sejarah perang Islam.

Kita semua disuruh berjimat cermat dalam berbelanja. Tapi pemerintah sewenang-wenangnya membeli beg tangan ribuan ringgit.

Kesian bila kita cuma kisah apa yang mahu dikisahkan pada kita.

Kesian bila kita cuma ambil tahu apa yang mahu diambil tahu.

Kesian.


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu ratus empat puluh: satu Rejab

Sungguh-sungguh aku nak puasa harini.

Sungguh-sungguh tuh bermaksud aku bangun sahur makan ayam, minum susu dengan makan ubat sekali.

Sungguh-sungguh.

Sebab aku tak pasti aku hidup ke tak satu rejab tahun depan.

Dekat office, macam-macam makanan ada harini. Banyak betul orang buat sedekah dan diketahui aku nie memang kaki lantak semua pelik bila tengok meja aku kosong tanpa ada makanan.

Sabar je lah. Bau makanan menggoda-goda kot.

Lepas lunch aku dah mula sakit kepala. Perkara biasa bila dah lama tak puasa. Body tengah nak tuning sikit.

Yang jadi luar biasanya bila lepas zohor aku banyak menguap. Bukan sebab mengantuk tapi tak cukup oksigen. Kepala dah berat dan aku tersadai dekat toilet.

I'm vomitted. Sikit je. Keluar air. Pahit habis.

Lepas tuh dah ok sikit. Dah boleh gurau-gurau dengan officemate.

Cadang balik pukul 5. Jalan pergi parking kereta aku dah sedikit lalok. Biasalah perut kosong. Masuk kereta tarik.nafas dalam-dalam aku start enjin, terus pergi kedai makan nak tapau lauk berbuka.

Sedang drive aku dah rasa lain macam. Tangan otomatik carik plastik. Nasib ada plastik sampah yang agak gabak. Nasib juga masa tuh tengah berhenti dekat simpang jalan yang kebetulan trafic light kaler merah. Tapi tak sempat break aku dah vomit dalam plastik sampah tuh.

Comot. Habis basah seluar dengan tudung.

Lagi pahit dari tadi.

Nasib lampu merah, kalau hijau? Tak mensasau aku drive tadi?

Lepas tuh tangan otomatik jadi parkinson. Tapi belagak. Takmo minum air. Nak teruskan puasa. Sayang. Dah pukul 5 lebih kot.

Sampai kedai tapau makanan. Sambil tunggu makanan siap dengan tunggu kawan datang, aku mengigil bagai nak rak. Dah buat bodoh baca paper pun sama gak.

Lastly, aku kalah, aku order air sirap. Masa minum tuh kaver nangis sebab puasa aku rugi macam tuh aje.

Kawan cakap aku macam budak kecil yang mahu belajar puasa. Jahat betul.

Sedihlah.

Sekian cerita puasa saya di satu Rejab.


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu ratus tiga puluh sembilan: i choose you remember?

Rupa-rupanya update twitter dengan facebook lebih penting dari reply message aku. Walaupun hanya untuk berkata 'okay' 'baiklah'.

Rupa-rupanya check-in berbagai tempat dekat foursquare lebih penting dari beritahu aku sendiri tentang apa yang terjadi dalam hidup kau.

Aku manusia yang terpaksa menagih simpati kasih sayang orang, terpaksa menggali sana sini hanya semata untuk tahu khabar dari kau.

Payah hendak beritahu sendiri?

Bila tanya kenapa, jawabnya semua tuh tak penting. Semua tuh tak penting.

Aku nie siapa? Tunggul kayu?

Lupa.

Kau tak pernah kisah dengan apa yang aku buat seperti kau tak pernah kisah aku wujud atau tidak. Hidup kau semata kau. Hanya kau. Tak ada aku. Hanya kau.

Aku tak minta banyak. Hargai aku sebelum aku mati.

Sampai hati kau buat aku jauh hati dengan kau.

Sampai hati kau buat aku patah hati dengan kau.

Sampai hati kau buat aku resah gelisah dengan kau.

Sampai hati kau buat aku macam perempuan tak malu.

Sampai hati kau buat hati aku mati berkali-kali.

Sampai hati kau.

Sampai hati.

Takpalah.

Hati aku dah pergi jauh dengan kau pun bukan kau peduli. Kan kau tak pernah ambil kisah.

Lagi jauh lagi kau sukakan? Sebab tak perlu terikat dengan aku yang macam-macam ragam nie. Lagi luas opsyen kau. Tak apa lah.

Aku pulangkan hati kau sikit demi sediki pun kau tak perasan. Ye lah keliling kau penuh dengan manusia, mana mahu nampak aku.

Lupa.

Memang dari dulu lagi aku cuma duduk sudut paling hujung perhatikan kau. Kau perasan pun secara kebetulan. Kalau aku diam sampai bila-bila pun kau takkan perasan. Tak apa lah.

Mungkin betul kata kau. Aku cuma mahukan kau bukan mahukan 'kau'.

Mungkin sebab itu bila aku ajak nikah kau sering bagi alasan aku tak faham kau sebab aku cuma mahukan kau bukan 'kau'.

Tak apa lah.

Aku terima semuanya.

Kasiklah aku pergi jauh-jauh, biar hidup kau aman. Aman macam sebelum nie. Kau kan suka bebas tanpa ada ikatan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu ratus tiga puluh lapan: pakaian

Aku sebenarnya dah lama perasan cuma perhatikan dulu lama-lama sebelum buat satu konklusi.

Perempuan nie sebenarnya akan perhatikan perempuan lain punya pakaian hari-hari.

Ada mata akan menjeling jengah-jengah kalau satu hari tuh tiba-tiba baju kau bau kedai ke? Menyerlah semacam atau selalu kau pakai seluar tiba-tiba pakai skirt, mesti ada orang tegur punyalah.

They will ask dari mana kau beli baju tuh, besar ke kecik baju tuh, warna matching dengan ko ke tak. Satu persatu dorang teliti, from top to bottom.

Memang lumrah perempuan memang teliti bab-bab tuh.

Aku pun ada jugak tengok-tengok cuma kalau cantik aku cakaplah cantik tapi mostly dalam hati je sebab aku rimas kalau orang datang menempel dekat aku, pegang-pegang konon nak rasa jenis kain and tanya macam-macam.

Aku rimas and I don't appreciate compliments. I just don't.

Tapi aku lupa yang orang lain tak gitu. Orang lain suka kena puji. Lagi melambung lagi suka.

Hmmm


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu ratus tiga puluh tujuh: tandas

Aku sebenarnya kurang faham dengan perangai manusia yang tak reti nak flush after using toilet.

Peliklah.

Kau dah berak, kencing tapi takmau jirus. And sometimes I do wondering macammana ye korang dekat rumah?

Lepas berak kencing, korang terus blah je ke? Takde cuci bontot dan jirus air?

Jijik lah wei.

Kalau rumah sendiri boleh lah sebab aku tak guna toilet korang tapi public toilet tuh hak bersama. Tak kiralah ianya berbayar atau tidak. Flush after you used it. Kalau kencing semorang bau harum takpe gak.

Lagi satu yang aku muskilnyer, kenapa mesti ada kesan tapak kasut dekat alas tandas duduk? Hitam-hitam lagi.

Aku tak paham. Korang mencangkung dekat tandas duduk? Tak jatuh ke? Tak rasa bangang ke?

Aku rasa setiap public toilet yang aku pergi, kebanyakkannya mesti ada kesan tapak kasut tuh. Hairan aku macammana korang boleh berak kencing dengan gaya gitu. Balance sungguh badan korang.

Macam-macam perangai manusia.


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu ratus tiga puluh enam: kutunggu jandamu

Hidup kita nie banyak menunggu sebenarnya. Hampir keseluruhan hidup kita dihabiskan dengan menunggu. Menunggu untuk dilahirkan. Menunggu untuk disekolahkan. Menunggu untuk naik pentas untuk terima ijazah. Menunggu giliran di tandas awam. Menunggu lampu hijau di lampu isyarat. Menunggu nak bayar barang dapur dekat Tesco. Menunggu angka giliran untuk berurusan di bank-bank. Menunggu jodoh datang. Menunggu untuk diijab dan kabulkan. Menunggu duit jatuh dari langit. Tapi dalam banyak-banyak kita menunggu, ramai yang tak sedar dari saat kita dilahirkan, kita sebenarnya menunggu untuk satu perkara; menunggu untuk mati. That's when the real life begin. Sebab bila kita dah mati, kita akan menunggu untuk sesuatu yang solid, yang pasti. Menunggu untuk menjawab soalan dari Mungkar dan Nangkir. Menunggu hari Kiamat datang. Menunggu untuk diadili dekat Padang Masyar. Menunggu untuk ambil giliran melintas Siratul Mustaqim. Menunggu masuk Syurga selepas membayar hutang di neraka. Jadi marilah sama-sama kita menunggu :)

satu ratus tiga puluh lima: hobi

I want to paint tapi tangan tak bedung. I want to sew tapi tak punya kesabaran yang bagus. I want to do cross-stitch tapi tak pernah buat sampai habis last-last semua mereput dalam almari. I want to play music instrument tapi haram pemalas. Gitar pun tau basic chords je masuk power chords terus give-up. I want to bake. Ok harini buat cheese cake. Mesti buat! Such a loser. Semua perkara buat separuh jalan je. The only thing that I'm good at is makan, makan, makan then tidur. Ok gak tuh hobi aku. Melantak macam orang kebulur lepas tuh buat taik banyak-banyak. But body maintain macam supermodel yang kurus-kurus macam pensil tuh. Cuma muka je golap sebab tuh tak buat modelling hihi I love my hobby :)

satu ratus tiga puluh empat: change

Deactivated my own fb.

Change url of my own blog.

Sikit masa lagi semua aku tukar. Saje. Tak mahu di-trace oleh sesiapa. Selesa begitu. Kalau jumpa, jumpalah.

I'm happy this way :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

satu ratus tiga puluh tiga: tak sabar

Cepatlah masa berlalu.

Dah lama tunggu, dengan macam-macam hal dah jadi. Minta dapatlah pergi sana dengan tenang.

Tak sabar nak tinggalkan semua benda yang menyerabutkan kepala otak.

Super excited!

But at the same time gelabah gila.

Preparation tak semenggah langsung, solat rongak-rongak lagi, perangai macam setan, hati masih busuk dan dikuasai nafsu.

I really need to win this battle.

Takpa kalau takda orang nak support pun, dah biasa sorang-sorang. Kata super woman kan hihi

Kalau pergi nie bermakna aku terpaksa lepaskan apa yang aku ada sekarang, then aku redha.

Apa yang aku nak ketenangan hidup dan keredhaan Dia.

Bismillahhirahmannirrahim.


Published with Blogger-droid v2.0.4